BPPMIS.COM

Direktori dan Pangkalan Data Pendidikan M.I.S.
Subscribe

Wasiat Terakhir Rasulullah

January 27, 2012 By: Eksekutif ICT Category: Siri Motivasi

Terjemahan Bahasa Malaysia

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu” (Nabi Muhammad S.A.W.)

Takwim Peperiksaan Sekolah

January 26, 2012 By: Eksekutif ICT Category: Notis

Kursus Asas Penilaian 2012

January 25, 2012 By: Eksekutif ICT Category: Pentadbiran, Sejenak Aktiviti, Tahun 2012

Tempat

Bilik Seminar BPP-MIS, Tingkat 2, Bangunan Baitulmal, Jalan Haji Taha, 93050 Kuching

Tarikh

19 Januari 2012 (Khamis)

Pengisian

  • Pengenalan kepada Penilaian Program oleh Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah
  • Asas-Asas Penilaian dan Pemantauan oleh Dr. Haji Akbar Ibrahim

Urus Setia : Mohd. Adha bin Haji Mahli

Teknikal : Shahriman bin Haji Shukarmin

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Agama MIS 2012

January 20, 2012 By: Eksekutif ICT Category: Pentadbiran, Sejenak Aktiviti, Tahun 2012

Tempat

 Hotel Penview, Kuching

Tarikh

 15-16 Januari 2012 (Sabtu & Ahad)

Pegawai Terlibat

  1. En. Sulaiman Saihk Abdul Kadir (Pengerusi Mesyuarat)
  2. Haji Jamil Haji Alop (Juruacara)
  3. Haji Saiee Driss
  4. En. Raily Ali
  5. Haji Abang Abdul Wahed Abang Muzi

Konsultan Jemputan

  1. Dr. Haji Akbar Ibrahim

 

Urus Setia

  1. Pendaftaran – Hanim & Salina
  2. Teknikal – Shahriman
  3. Makanan dan Tuntutan – Normala & Noraida
  4. Pengangkutan – Arzeri

Sambutan Perayaan Islam Sarawak 2012

January 16, 2012 By: Eksekutif ICT Category: Notis

  • Berita Terkini

  • Portal Anjung Masjid

  • Hubungi Kami

    TELEFON PEJABAT
    (082) 230 726 / 728 / 732

    FAKS PEJABAT
    (082) 230769

    EMEL
    info@bppmis.com
    Senarai Emel Staf DI SINI

    ALAMAT PEJABAT
    Tingkat 1 & 2, Sub Lot 3 & 4, Bangunan Baitulmal,
    Jalan Haji Taha 93400 Kuching, Sarawak.

    ALAMAT PUSAT KEGIATAN
    Bangunan PIBG, SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan,
    Jalan Sultan Tengah 93050 Kuching, Sarawak.

  • Polls

    Kursus yang anda MINATI
    (Pilih 3 Sahaja)

    Semak Keputusan

    Loading ... Loading ...
  • Radio IKIM

    Untuk Pelayar Google Chrome dan Mozilla Firefox, sila
    MUATTURUN
    untuk mendengar radio

  • Notis

    Kini anda boleh menyumbang bahan-bahan di laman web ini dengan hanya mendaftar akaun ("register here") atau menggunakan akaun Facebook, Twitter, Yahoo! dan banyak lagi di SINI
  • Sembang di YM

    Yahoo! Messenger


  • Laman FB

    Pernah terlibat dengan BPP? Sertai kami di Facebook