Latar Belakang
Sejak penubuhan pada tahun 2008, BPP-MIS telah merangka dan merintis aktiviti pendidikan di bawah program-program yang selari dengan strategi yang digariskan di bawah tiga (3) daripada sembilan (9) bidang bina upaya yang dikenal pasti dalam Bengkel Bina Upaya Ummah 2007. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membina bina upaya ummah di samping memenuhi memenuhi keperluan semasa tiga (3) kumpulan sasar utama iaitu Kanak-Kanak, Belia dan Rakan Kongsi yang telah dirincikan lagi kepada sebelas (11) kumpulan sasar.
Bermula pada tahun 2015, BPP-MIS merancang untuk menjayakan 31 program yang merangkumi 89 aktiviti utama 3 kumpulan sasar utama ya 11 kumpulan sasar khusus dalam usaha mencapai tiga (3) objektif / tanggungjawab berikut:
OBJEKTIF 1 |
Membangun dan membina program dan aktiviti pendidikan yang sesuai dan relevan dengan keperluan masyarakat setempat |
OBJEKTIF 2 |
Membantu Majlis Islam dalam merealisasikan perancangan Bidang Pendidikan dalam Pelan Tindakan MIS 2011-2020 (Semak Semula 2017) |
OBJEKTIF 3 |
Mengimarahkan masjid melalui penganjuran pelbagai aktiviti pendidikan |
3 Kumpulan Sasar Utama & 11 Kumpulan Sasar Khusus (K)
KANAK-KANAK |
BELIA |
RAKAN KONGSI |
K1 ~ Kanak-Kanak Berusia 3-4 Tahun K2 ~ Murid yang Ketinggalan K3 ~ Murid yang Berbakat K4 ~ Pelajar yang Memerlukan Bimbingan K5 ~ Pelajar yang Berpotensi |
K6 ~ Belia yang Memerlukan Bimbingan K7 ~ Belia yang Berpotensi K8 ~ Pemimpin Belia |
K9 ~ Pemimpin dan Individu Prihatin K10 ~ Kumpulan Rakan Kongsi K11 ~ Sekolah-Sekolah Majlis Islam Sarawak |
89 Aktiviti Utama
- Penubuhan Taska Masjid (K1)
- Pengurusan & Penambahbaikan Taska Masjid (K1)
- Pensijilan Pengasuh Taska Masjid (K1)
- Pembekalan Bahan Asuhan Taska Masjid (K1)
- Pengurusan Kebajikan Kanak-Kanak Taska Masjid (K1)
- Penyeliaan Taska Masjid (K1)
- Pengurusan Pusat Sumber (K1)
- Pengurusan Taska Eksperimental (K1)
- Kem Matematik (K2)
- Kem Bahasa Inggeris (K2)
- Kem Sains (K2)
- Kem Kemahiran Membaca melalui KaBoM (K2)
- Kem Jati Diri (K2)
- Kem Bina Watak Budaya (K3)
- Kem Taranum (K3)
- Kem Pembangunan Diri Murid Cerdas (K3)
- Kem Kepimpinan Sekolah (K3)
- Kem Pengucapan Awam (K3)
- Kem Seni Khat (K3)
- Bengkel Bina Insan (K4)
- Bengkel Kemahiran Cara Belajar (K4)
- Bengkel Kemahiran Asas Komunikasi (K4)
- Bengkel Asas Fotografi (K4)
- Bengkel Asas Multimedia (K4)
- Bengkel Seni Khat (K4)
- Bengkel Jati Diri (K4)
- Perkampungan Pelajar Islam (PEWARIS) (K5)
- Kolokium Rakan Sebaya dan Kepimpinan Pelajar (K5)
- Kursus Kemahiran Cara Belajar (K5)
- Bengkel Asas Kajian (K6)
- Kursus Kemahiran Berfikir (K6)
- Kursus Kemahiran Komunikasi / Bengkel Kemahiran Komunikasi Berkesan (K6)
- Kem Eksplorasi Minda (K6)
- Kem Keselamatan dan Kesejahteraan Diri (BESTARI) (K6)
- Kembara Hijrah (K6)
- Kem Asas Budaya (K6)
- Usrah Qudwah (K6)
- Kegiatan Khidmat Belia (K6)
- Kem Seni Budaya (K6)
- Bengkel Kemahiran Hidup (K6)
- Karnival Masjid (K6)
- Kem Pemahaman Akidah (K7)
- Kem Mengangkat Martabat Generasi Muda (MUDA) (K7)
- Wacana Belia Wanita (K7)
- Kem Kesediaan Ke IPT (K7)
- Kem Budaya (K7)
- Serasehan Belia (K7)
- Bengkel Jejak Warisan (K7)
- Kem Sukarelawan Belia (K7)
- Kuliah Tasawur Islam (K7)
- Seminar Pembudayaan Ilmu (K7)
- Seminar Pembangunan Ummah (K7)
- Kursus Pemantapan Jati Diri (K8)
- Bengkel Prihatin Ummah (K8)
- Kursus Asas Kepimpinan dan Pengurusan (K8)
- Bengkel Pengurusan Program (K8)
- Kursus Asas Kefasilitatoran (K8)
- Peningkatan Profesionalisme Rakan Kongsi (K9)
- Majlis Ilmu Pemimpin Masyarakat (K9)
- Seminar Kepimpinan Islam dalam Pendidikan (K9)
- Seminar Wanita dan Kepimpinan (K9)
- Seminar Kepimpinan Para Pendidik Agama Islam (K9)
- Kursus Pemerkasaan Jati Diri (K9)
- Bengkel Tanggungjawab Sosial (K9)
- Pengurusan Data Ahli Profesional Islam (K9)
- Wacana Profesional Islam (K9)
- Kursus Pemerkasaan Kepimpinan dan Pengurusan (K9)
- Bengkel Pengurusan Khas (K9)
- Kursus Peningkatan Kecekapan Instruksional (K9)
- Kursus Peningkatan Pelbagai Literasi (K9)
- Kursus Kefasilitatoran (K9)
- Kursus Jurulatih Fasilitator (K9)
- Kursus Asas Kajian Tindakan (K9)
- Kursus Asas Penyelidikan dan Penilaian (K9)
- Aktiviti Penyelidikan, Penilaian dan Penerbitan (K9)
- Aktiviti Pendidikan (K10)
- Aktiviti Kepimpinan dan Pengurusan (K10)
- Aktiviti Sosiobudaya (K10)
- Aktiviti Pembangunan Kemahiran (K10)
- Aktiviti Peningkatan Kefahaman Islam (K10)
- Aktiviti Kekeluargaan (K10)
- Aktiviti Bina Insan (K10)
- Aktiviti Kesukarelaan (K10)
- Aktiviti Khidmat Nasihat (K10)
- Aktiviti Warga Emas (K10)
- Aktiviti Pembangunan Staf (K11)
- Bengkel Pengurusan Sekolah-Sekolah MIS (K11)
- Randau Pendidikan (K11)
- Karnival PIBG dan Alumni Sekolah (K11)
3 Bidang Bina Upaya
Bidang Perkhidmatan Pendidikan Am |
Bidang Pembangunan Sosiobudaya |
Profesionalisme dan integriti kepimpinan Islam |
Pembangunan pendidikan, perkembangan intelektual dan kesejahteraan psikologi anak-anak muda Islam |
Kesejahteraan sosial individu Islam |
Bidang Perkembangan Profesional Berterusan |
*Tiga (3) bidang ini telah dikenal pasti sebagai fokus awal BPP-MIS dalam Bengkel Bina Upaya Ummah 2007 (BBU 2007)
17 Strategi (S)
- Membangun dan memperluaskan peluang pendidikan awal kanak-kanak (K1)
- Menyedia pengalaman pembelajaran berkualiti dan menyeronokkan (K1)
- Membangun dan menyediakan pengalaman pembelajaran khas (K2)
- Membangun dan menyedia pengalaman pembelajaran tambahan (K3)
- Membentuk sikap positif dan memupuk kesedaran tentang maruah serta harga diri pelajar (K4)
- Meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti seni dan penggunaan teknologi (K4)
- Meningkatkan kesedaran dan kemahiran sosial pelajar (K5)
- Membentuk sikap positif dan memupuk kesedaran tentang maruah dan harga diri (K6)
- Meningkatkan keupayaan belia untuk berdikari (K6)
- Meningkatkan kesedaran dan membangun potensi belia (K7)
- Meningkatkan kefahaman tentang makna dan budaya ilmu (K7)
- Memantap jati diri dan semangat kepedulian sosial (K8)
- Memupuk kemahiran dan kecekapan kepimpinan dan pengurusan (K8)
- Membina dan mempertingkatkan kesedaran dan semangat kepedulian sosial (K9)
- Meningkatkan profesionalisme secara berterusan (K10)
- Meningkat penglibatan rakan kongsi BPP-MIS dalam merancang dan melaksana program kemasyarakatan (K10)
- Membantu meningkatkan kualiti pengurusan pendidikan sekolah (K11)
31 Program (P)
- Penubuhan dan Pengurusan Taska Masjid (K1S1)
- Latihan Asas Pengasuhan (K1S1)
- Pengajaran Dan Pembelajaran Kreatif dan Inovatif di Taska (K1S2)
- Pembangunan dan Pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Awal Kanak-Kanak (K1S2)
- Pemupukan dan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca, Menulis, Mengira & Berfikir (K2S3)
- Penemuan dan Pemantapan Jati Diri Murid (K2S3)
- Pemupukan dan Pengembangan Bakat Semula Jadi dan Potensi Diri (K3S4)
- Peningkatan dan Pengayaan Kemahiran Asas (K3S4)
- Penemuan dan Pemantapan Jati Diri Pelajar (K4S5)
- Penguasaan Asas Seni dan Penggunaan Teknologi (K4S6)
- Peningkatan Jati Diri dan Kesedaran Sosial Pelajar (K5S7)
- Peningkatan Kemahiran Sosial Pelajar (K5S7)
- Penemuan Diri (K6S8)
- Pengukuhan Jati Diri (K6S8)
- Peningkatan Kemahiran Asas Keusahawanan (K6S9)
- Penemuan dan Pemantapan Jati Diri (K7S10)
- Peningkatan Kesedaran tentang Perubahan dan Cabaran Baru (K7S)
- Pemupukan Amalan Hidup Berbudaya (K7S)
- Peningkatan Kebertanggungjawaban Sosial (K7S)
- Pemupukan Budaya Ilmu (K7S)
- Pemantapan dan Pengukuhan Jati Diri (K8S)
- Pembinaan Kemahiran Asas Kepimpinan dan Pengurusan (K8S)
- Peningkatan Kesedaran dan Kefahaman Tentang Perubahan Semasa (K9S)
- Pemerkasaan Jati Diri Individu Prihatin (K9S)
- Peningkatan Hubungan dan Jaringan dalam Kalangan Profesional Islam (K9S)
- Pemerkasaan Kepemimpinan dan Pengurusan (K9S)
- Peningkatan Literasi dan Pemantapan Kecekapan Instruksional (K9S)
- Pembudayaan Penyelidikan dan Penilaian (K9S)
- Khidmat Profesional dan Bantuan Dana (K10S)
- Pengurusan Sekolah MIS (K11S)
- Pemuafakatan Sekolah, PIBG dan Alumni (K11S)
Rumusan Perancangan
3 Bidang Bina Upaya -> 11 Kumpulan Sasar -> 17 Strategi -> 31 Program -> 89 Aktiviti Utama
Sumber: Buku Pengenalan Program dan Aktiviti BPP-MIS 2013-2017