Pusat Kegiatan



Muat Turun Borang Kemasukan Taska BPP-MIS Di Sini

(Permohonan kemasukan untuk tahun 2017 telah ditutup manakala permohonan kemasukan kanak-kanak bagi tahun 2018 kini dibuka dan boleh dihantar ke pejabat atau terus ke taska)


Pengenalan Pusat Kegiatan BPP-MIS

Merujuk kepada Cabutan Minit Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Bil. 4/2008/XX/7 bertarikh 10 Disember 2008, mesyuarat telah bersetuju kepada “Cadangan bagi bangunan Pusat Sumber Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Kelas Eksperimental Tabika BPPMIS” menggunakan bekas Pusat Sumber Sementara di SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching yang pernah menjadi asrama sementara SMK Tun Ahmad Zaidi dan telah lama terbiar untuk dijadikan Pusat Kegiatan BPP-MIS. Mesyuarat juga telah meluluskan cadangan pengubahsuaian, naik taraf dan penambahan beberapa kemudahan fizikal, termasuk kerja-kerja mewujudkan persekitaran bangunan yang sesuai dengan fungsinya sebagai pusat pendidikan kanak-kanak.

Setelah mendapat kelulusan tersebut, BPP-MIS telah memulakan usaha baik pulih dan naik taraf bangunan PIBG SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan sebelum penghujung tahun 2008, selain penambahbaikan berterusan yang dilakukan secara berperingkat mengikut keperluan serta keterdapatan peruntukan. Setelah beroperasi dan digunakan sepenuhnya, YB Daud Abdul Rahman telah dijemput untuk merasmikan Pusat ini pada 21 Mei 2010, disaksikan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Putit Matzen dan wakil daripada pengurusan SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Kini, Pusat Kegiatan BPP-MIS menempatkan:

  1. Taska BPP-MIS;
  2. Pusat Sumber Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAK);
  3. Bilik Kegiatan (KPPRS / PPWE PJ);
  4. Bilik Aktiviti (untuk seminar / kursus pendek); dan
  5. Bilik Muzik.

Sejak pembangunan Pusat Kegiatan ini, beberapa bilik seperti Makmal Pemulihan 3M (Kini Bilik Aktiviti 2) dan Makmal Komputer (Kini Bilik Kegiatan) telah dimansuhkan bagi memberi ruang kepada keperluan aktiviti lain. Pada tahun 2018, Pusat Sumber PAK sedia ada telah dipindahkan dan dijadikan bilik kelas tambahan kepada Taska Eksperimental BPP-MIS.

 

Pengenalan Taska BPP-MIS

Taska BPP-MIS telah ditubuhkan pada tahun 2010 di Pusat Kegiatan BPP-MIS (Bangunan PIBG Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir Hassan), Jalan Sultan Tengah, Kuching dengan tujuan menyediakan khidmat pengasuhan untuk kanak-kanak di kawasan Petra Jaya terutama dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampuan. Di samping itu, BPP-MIS berharap kaedah pengurusan, pendekatan pengajaran, alat bantu mengajar atau bahan asuhan baharu diuji keberkesanannya di sini agar dapat dicontohi oleh taska masjid di seluruh negeri Sarawak.

Taska ini dilengkapi dengan kemudahan asas untuk pengasuhan kanak-kanak yang baik selari dengan standad program PERMATA Negara. Kesemua pengasuh di taska ini telah menjalani latihan dan mempunyai sijil yang diwajibkan ke atas mereka. Selain itu, mereka juga dihantar untuk menghadiri konvensyen atau seminar tentang pendidikan awal kanak-kanak sekurang-kurang sekali dalam setahun. Pembantu Taska sebagai pengendali makanan juga telah mendapat suntikan Typhoid yang diwajibkan oleh Jabatan Kesihatan.

Taska BPP-MIS

Alamat Taska

Pusat Kegiatan BPP-MIS, d/a SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Jalan Sultan Tengah, 93050 Petra Jaya, Kuching

Nombor TELEFON TASKA

(082) 449 682

Data Permohonan dan Enrolmen

 

Tahun

Permohonan Kemasukan

Enrolmen Diluluskan

2018

53

53

2017

44

36

2016

42

36

2015

31

27

2014

23

21

2013

44

21

2012

23

20

2011

23

17

2010

38

15

Gambar Sekitar Taska

Taska ini beroperasi dari sebelah pagi hingga ke petang dan diusahakan bersama Jawatankuasa Pengurusan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan caj minima untuk seorang anak. Kanak-kanak yang berdaftar di taska ini dilindungi dengan skim perlindungan Takaful dan dibimbing oleh para guru yang bertauliah, selaras dengan kurikulum PERMATA Negara.

 Penaung

Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah

  • merangkap Pengarah BPP-MIS
  • penasihat kepada Majlis Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPAKS)

Penyelia

Encik Muhammad @ Rashid bin Yusoff

  • merangkap Penyelidik BPP-MIS
  • penyelaras Program Kanak-Kanak Berusia 3-4 Tahun
  • dibantu oleh Puan Siti Zuriah binti Zezan

Ketua Pengasuh

Saudari Effa Hasfa Rina binti Sahari

  • merupakan jurulatih bertauliah Persatuan 3PAKS
  • memiliki Diploma Perguruan Malaysia – KDC pengkhususan Pengajian Prasekolah
    serta Sijil Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Refresher PERMATA
  • berkhidmat sejak penubuhan taska.
  • mendapat suntikan typhoid pada tahun 2015.
  • bertanggungjawab menyediakan rancangan pengajaran di taska dan laporan tahunan.

Guru Pengasuh

Puan Maimunah binti Razali

  • memiliki Diploma Perguruan Malaysia – KDC pengkhususan Pengajian Prasekolah
    serta Sijil Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Refresher PERMATA
  • berkhidmat sejak penubuhan taska.
  • mendapat suntikan typhoid pada tahun 2015.
  • membantu ketua pengasuh.

Puan Salmi binti Mahli

  • memiliki Sijil Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Refresher PERMATA
  • berkhidmat sejak tahun 2016.
  • dilantik oleh PIBG Taska BPP-MIS bagi menampung pertambahan bilangan kanak-kanak.
  • mendapat suntikan typhoid pada tahun 2015.
  • membantu kerja-kerja pengasuhan di taska.

Puan Fatimah binti Razali

  • berkhidmat sejak penubuhan taska sebagai tukang masak dan pembantu pengasuh sebelum dilantik menjadi pengasuh pada tahun 2018.
  • memiliki Diploma Perguruan Malaysia – KDC pengkhususan Pengajian Prasekolah
    serta Sijil Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Refresher PERMATA
  • berkhidmat sejak penubuhan taska.
  • mendapat suntikan typhoid pada tahun 2015..

Pembantu Taska

Halimah binti Sapuan

Aziezah binti Ishak

Tenaga Pengasuh Taska BPP-MIS 2018

Mantan Pengasuh / Pekerja Am

Puan Nur Faziella Sharif

  • memiliki Sijil Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Refresher PERMATA
  • berkhidmat pada tahun 2015.
  • mendapat suntikan typhoid pada tahun 2015.
  • mantan pengasuh Taska Masjid An Nur, Kpg. Stunggang Melayu, Lundu.
  • kini berkhidmat dengan Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Gita-Matang di Taska Masjid At-Taqwa, Kpg. Gita, Kuching

 

Bilik Sumber P.A.K.

Pusat Sumber Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAK) BPP-MIS telah dibangunkan sejak tahun 2009 dan dilengkapkan dengan bahan serta alat bantu mengajar yang diperlukan oleh pengasuh taska masjid dan guru di Taska Eksperimental BPP-MIS secara tahunan melalui aktiviti Pengurusan Pusat Sumber. Bilik ini juga boleh dijadikan tempat perbincangan dan mesyuarat, selain tempat untuk bersantai sambil membaca bahan bacaaan yang disediakan. Setelah Makmal Komputer dibubarkan pada tahun 2012, sebanyak enam (6) set komputer meja dilengkapi kemudahan internet telah ditempatkan di pusat sumber ini untuk kegunaan pengunjungnya. Pada penghujung tahun 2018, pusat sumber ini telah dipindahkan ke bilik lain di Pusat Kegiatan BPP-MIS bagi menambah sebuah lagi kelas taska.

Bilik Kegiatan

Sejak tahun 2012, bilik kegiatan yang terdahulunya dalah makmal komputer telah diubah menjadi bilik kegiatan. Bilik ini digunakan sebagai pusat latihan bagi Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS) dan sebahagian daripada Pusat Perkhidmatan Warga Emas Petra Jaya (PPWE PJ). Ia dilengkapi sistem siaraya dan penghawa dingin. Selain itu,  kelengkapan kesihatan seperti kerusi urut dan treadmill juga ada bagi kegunaan ahli PPWE PJ. Selain itu, bilik ini juga mempunyai dua (2) buah komputer yang lengkap dengan capaian internet.

Pengenalan PPWE-PJ

Dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) dan BPP-MIS sendiri, Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) Petra Jaya telah ditubuhkan sebagai pusat warga emas yang ke-13 di negeri Sarawak dengan keanggotaan seramai 118 orang ahli bertempat di Pusat Kegiatan BPP-MIS. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak pada 6 Disember 2015 disaksikan oleh Pengarah JKMNS dan Pengarah BPP-MIS. Majlis tersebut telah menyaksikan MoU PPWE dengan enam (6) buah syarikat yang akan memberi diskaun harga kepada ahli PPWE Petra Jaya untuk barangan pakaian, ubatan dan buku. Setiap ahli PPWE Petra Jaya akan diberikan satu kad keahlian untuk tujuan pengesahan semasa pembelian.

  • Nizamir Textiles
  • Syarikat Jasmin Jawahar
  • Benzamin Book Centre
  • The World Sport Equipment
  • Region Pharmacy
  • SES Pesona

Sebagai permulaan, peralatan kesihatan seperti kerusi urut dan seumpamanya telah dibekalkan untuk kegunaan pengunjung. Selain itu, kelas-kelas pengajian Islam telah diadakan secara mingguan di Pusat ini melalui bantuan Aktiviti Warga Emas oleh BPP-MIS. Aktiviti lain seperti sambutan hari guru, lawatan atau senamrobik juga diadakan secara tahunan.

 Jawatankuasa PPWE Petra Jaya

Sesi 2015-2016

Pengerusi

Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah

Setiausaha

Encik Narawi bin Haji Udin

Bendahari

Encik Abang Abdul Wahed bin Abang Muzi

Pengenalan KPPRS

Sejak Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS) ditubuhkan pada tahun 2012, Bilik Kegiatan telah dijadikan tempat latihan sebelum persembahan dan juga mesyuarat kelab ini. Majoriti ahli kelab ini adalah dalam kalangan orang Islam dan aktiviti yang diadakan diharap akan dapat menghimpunkan peminat seniman tanah air ini dan juga merapatkan ukhuwah sesama mereka.

Pendaftaran ROS

PPM-028-13-01102012

Pengerusi

Datu Dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah

Timbalan Pengerusi

Tuan Haji (Dr.) Saiee Driss

Bilik Aktiviti

Pusat Kegiatan BPP-MIS mempunyai dua (2) bilik aktiviti di Tingkat 2 yang sesuai untuk mengadakan aktiviti berbentuk kursus, bengkel atau seminar kecil. Bilik Aktiviti 1 dilengkapi penghawa dingin dan sistem siaraya manakala Bilik Aktiviti 2 pula merupakan Makmal Pemulihan 3M yang telah dibubarkan setelah pelaksanaan Kem Kemahiran Boleh Membaca (KaBoM) diserahkan kepada pihak masjid dan dikeluarkan daripada Rangka Pelan Kedua BPP-MIS 2013-2017. Pengubahsuaian ini membolehkan lebih banyak bilik yang dapat digunakan untuk melaksanakan aktiviti.

Bilik Muzik

Bilik Muzik di Tingkat 2 Pusat Kegiatan BPP-MIS adalah pusat aktiviti Kem Seni Budaya yang menjadi tempat latihan peserta Kem dan tempat simpanan alat muzik yang digunakan. Antara alat muzik yang ada di sini adalah set Gamelan, set Angklung dan Keyboard.

Kenali Kami || Visi dan Misi || Fungsi Agensi || Carta Agensi || Carta Organisasi || Jawatankuasa Penasihat || Senarai Staf || Penyelaras Aktiviti

Leave a comment