Dalam mempertingkatkan ilmu dan kemahiran para fasilitator rakan kongsi, tiga aktiviti telah dirancangkan dalam tahun 2013 dan berjaya dilaksanakan di Sibu, Kuching dan Miri. Aktiviti pertama yang dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran serta keyakinan fasilitator PERASA. Manakala, dua lagi aktiviti memberi asas kefasilitatoran PERASA kepada bakal fasilitator […]

Bengkel Kepimpinan Fasilitator PERASA 2013


Daripada 11 aktiviti yang dirancang di bawah aktiviti utama Kursus Peningkatan Kecekapan Instruksional, 10 telah berjaya dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang instruksional dan kejurulatihan ini telah melibatkan seramai 214 orang peserta dari kalangan pengasuh, guru sekolah rendah, pemimpin belia dan fasilitator rakan kongsi […]

Kursus Peningkatan Kecekapan Instruksional 2013


Bengkel Perancangan Strategik (atau Bengkel Pengurusan Khas) bertujuan memperkasakan kepimpinan dan pengurusan rakan kongsi melalui perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang yang dikenalpasti. Bagi tahun 2013, tumpuan diberikan kepada bidang kemahiran membuat perancangan strategik. Dengan kemahiran ini adalah diharapkan peserta yang terdiri daripada fasilitator rakan kongsi akan lebih berupaya membantu pihak JKP […]

Bengkel Perancangan Strategik 2013



Aktiviti ini dirancangkan untuk dua Kumpulan Sasar, iaitu pemimpin masyarakat dan JKP Masjid, dan pemimpin keluarga. Sepanjang tahun 2013, lapan Kursus Pemerkasaan Kepimpinan dan Pengurusan untuk Ketua Masyarakat dan JKP Masjid telah berjaya dilaksanakan oleh JKP Masjid di Miri, Bintulu, Sri Aman, Mukah, Betong, Samarahan dan Limbang. Kursus ini dikendalikan […]

Kursus Pemerkasaan Kepimpinan Dan Pengurusan


Aktiviti Wacana Profesional untuk para pendidik Islam di Sekolah dan Ahli Akademik Islam di IPT telah diadakan di Pusat Penerangan Islam Sarawak, Kuching, pada 1 Julai 2013, dengan melibatkan seramai 121 orang peserta dari kalangan guru, pegawai pendidikan dan pensyarah Islam dari IPT. Aktiviti sehari ini diadakan khas untuk memberi […]

Wacana Profesional Islam 2013


Selari dengan Pelan Tindakan MIS 2011-2020, pangkalan data dan direktori ahli-ahli profesional Islam perlu dibangunkan untuk memudahkan pihak JKP masjid mendapat bantuan tenaga pakar setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan di masjid masing-masing. Dengan perkembangan teknologi ICT, BPP-MIS telah menggunakan penyimpanan data berkomputer sejak penubuhannya. Namun, satu sistem pangkalan data […]

Pengurusan Data Ahli Profesional Islam 2013