Pendaftaran Taska


Spread the love

Prosedur Pendaftaran

Sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam Tanggungjawab Bersama, pendaftaran taska dan pembaharuan lesen perlu diusahakan oleh pihak pengurusan taska iaitu sama ada Jawatankuasa Pengurusan Masjid / Surau atau Lembaga Amanah Kebajikan Islam.

Agensi-Agensi Berkaitan dan Tindakan yang perlu diambil

  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) 
    • Membeli dan mengisi borang pendaftaran dan melampirkan pelan bangunan, surat/minit mesyuarat penubuhan, surat pengesahan keselamatan kebakaran dan status premis.
    • Mendapat surat khas dari JKMNS untuk urusan pendaftaran kepada agensi lain.
    • Menghantar dan mendapatkan surat kebenaran operasi taska.
  2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    • Membawa salinan surat khas dari JKMNS
    • Mendapat pelan bangunan dan pelan lokasi dari Bahagian Bangunan, PBT
    • Memohon kebenaran membuat pengubahsuaian bangunan jika ada
  3. Balai Bomba
    • Menyediakan jadual latihan kebakaran
    • Membawa salinan surat khas dari JKMNS
    • Semakan keselamatan premis taska daripada kebakaran
  4. Jabatan Tanah dan Survei
    • Membawa salinan surat khas dari JKMNS
    • Membeli dan mengisi borang untuk membuat perubahan status premis bagi taska masjid yang menggunakan rumah kediaman / bangunan selain dari bangunan masjid.
  5. Hospital Umum
    • Mendapat suntikan Typhoid bagi pengendali makanan di Taska
    • Saringan kesihatan pengasuh