Semak Semula PTMIS 2017


Pada 24 – 26 Januari 2017, Bengkel Semak Semula Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020 telah diadakan di Tingkat 3, Hotel Merdeka Palace Kuching. Seramai 41 orang individu yang terlibat dalam penggubalan Pelan Tindakan pada tahun 2010 atau dirasakan dapat menyumbang kepakaran telah dihimpunkan untuk menyemak semula tema, bidang, strategi, pendekatan serta tindakan yang digariskan dalam Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak serta menilai tahap pelaksanaan semasanya. Seterusnya, tindakan-tindakan yang dapat memudahkan pelaksanaan PTMIS ini juga dicadangkan dengan baki tiga (3) tahun pelaksanaannya.

Pada 9 Mac 2017 pula, penyelarasan tindakan dan semak semula strategi serta pendekatan untuk semua enam (6) bidang telah dilaksanakan di Pusat Penerangan Islam Sarawak (IIC) melibatkan lebih kurang 20 orang individu.

Pada 11 April 2017 pula, satu lagi perbincangan pemurnian telah dilaksanakan di Tingkat 14, Majma’ Tuanku Abdul Halim Syed Mu’adzam Shah dan sebanyak dua (2) bidang telah siap disemak semula dan diperincikan iaitu “Pengimarahan Masjid” dan “Perundangan Islam”. Seramai 15 orang telah terlibat dalam perbincangan ini.

Pada 17 April 2017, perbincangan disusuli dengan Bidang Sosiobudaya dengan kehadiran 5 orang ahli yang terpaksa disambung pada hari seterusnya. Perbincangan 3 hari ini telah dijalankan di Bilik Syura, Masjis Islam Sarawak di Tingkat 16 Majma’.

Pada 18 April 2017, seramai 6 orang ahli telah berbincang strategi, pendekatan dan tindakan dalam Bidang Dakwah di bilik Syura manakala bidang Sosiobudaya dibincangkan di bilik mesyuarat mini berhampiran.

Pada 19 April 2017, perbincangan Bidang Dakwah diteruskan di bilik mesyuarat mini bagi menghalusi PTMIS bidang tersebut.

Senarai Bidang (TEMA)

  1. Pengimarahan Masjid (Masjid Sebagai Institusi Pembangunan Masyarakat)
  2. Pendidikan
  3. Ekonomi
  4. Sosiobudaya
  5. Dakwah
  6. Perundangan Islam

Senarai Strategi

Senarai Program

  1. M

Senarai Tindakan

Bidang Pengimarahan Masjid

1. Melantik ahli JKP Masjid dalam kalangan ahli kariah yang berwibawa
2. Menilai prestasi ahli JKP Masjid secara berterusan
3. Memberi latihan kepimpinan dan pengurusan kepada ahli JKP Masjid
4. Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang mantap
5. Mewujudkan sistem khidmat sokongan pengurusan dan pentadbiran masjid
6. Melantik Pegawai Masjid dalam kalangan ahli kariah yang berwibawa
7. Mewajibkan pegawai masjid untuk mengikuti program latihan peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran kendalian MIS
8. Memantau dan menilai prestasi pegawai masjid secara berkala
9. Mengadakan program latihan untuk meningkat ilmu pengetahuan dan kemahiran kepimpinan dan pengurusan untuk naqib
10. Memantau dan menilai keberkesanan program latihan kepimpinan dan pengurusan untuk naqib
11. Melaksanakan program teras
12. Melaksanakan program sokongan
13. Membina sistem perhubungan yang boleh meningkatkan kerjasama antara masjid dan agensi berkenaan
14. Meningkatkan Kualiti Kemudahan Asas di Masjid
15. Meningkatkan kemudahan dan peralatan untuk menjalankan pelbagai program pengimarahan masjid

Bidang Pendidikan