Bidang Sosiobudaya


Pendidikan || Ekonomi || Sosiobudaya || Perundangan Islam || Gerakan Dakwah || Politik dan Pentadbiran

Usul

Kerana menyedari bahawa agenda sosiobudaya merupakan teras dalam membina individu, keluarga, masyarakat dan negara ke arah melahirkan Muslim yang mempunyai jati diri yang mantap dan kukuh untuk memimpin dan membangunkan ummah bermaruah, dan menyedari juga bahawa:  

  1. Sebahagian daripada masyarakat Islam masih leka dan tidak mempunyai kemahiran untuk menangani perubahan secara berhemah;
  2. Wujudnya salah faham mengenai  konsep adat dan amalannya dalam masyarakat;
  3. Institusi keluarga kurang berkesan dalam memainkan peranan sebagai institusi sosial yang bertanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak; dan
  4. Anggota masyarakat yang terlalu mementingkan diri sendiri dalam semua hal hingga mengabaikan kesejahteraan umum;

Rasional

Maka berhubung dengan bidang sosiobudaya, kongres ini mengusulkan supaya usaha, langkah dan tindakan seperti berikut diambil oleh pihak berwajib dan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam kelestarian sosiobudaya masyarakat:

  1. Memperbanyak program untuk memperkasakan jati diri segenap lapisan masyarakat;
  2. Memastikan masyarakat Islam memanfaatkan sepenuhnya setiap peluang pendidikan formal dan tidak formal yang disediakan;
  3. Menilai semula pengamalan adat supaya bersesuaian dengan ajaran agama Islam;
  4. Menyediakan peluang dan kemudahan supaya ibu bapa dapat memainkan juga peranan keibubapaan mereka di luar lingkungan rumah melalui institusi-institusi sosial lain;
  5. Merancang dan melaksanakan program teknikal dan vokasional di kawasan perumahan;
  6. Mengadakan lebih banyak kursus-kursus keibubapaan; dan
  7. Mewujudkan lebih banyak direktori maklumat yang mudah dicapai oleh setiap individu, keluarga  masyarakat.