Bidang Politik dan Pentadbiran


Pendidikan || Ekonomi || Sosiobudaya || Perundangan Islam || Gerakan Dakwah || Politik dan Pentadbiran

Rasional

Kerana menyedari bahawa kepimpinan politik dan pentadbiran yang berkualiti adalah penting bagi menjamin kelangsungan dan kesejahteraan ummah dalam masyarakat majmuk di negeri ini, dan menyedari juga bahawa:

  1. Fenomena globalisasi boleh mengancam kestabilan politik dan  kemurnian akidah  masyarakat  Islam;
  2. Adanya usaha yang bersungguh-sungguh untuk memisahkan ilmu duniawi dengan ilmu ukhrawi dan ulama dengan umarak;
  3. Terhadnya peluang yang diberikan kepada para ilmuwan dan ulama untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka melalui media arus perdana;
  4. Wujudnya usaha-usaha untuk menjatuhkan imej umat dan agama Islam melalui media alternatif; dan
  5. erdapat segelintir pemimpin Islam yang kurang peka dan tidak mengambil berat tentang isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan ekonomi dan sosial masyarakat setempat.

Usul

Maka berhubung dengan bidang politik dan pentadbiran, kongres ini mengusulkan supaya usaha, langkah dan tindakan seperti berikut diambil oleh pihak berwajib dan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam kepimpinan politik dan pentadbiran:

  1. Menambahkan peluang latihan secara berterusan bagi pemimpin-pemimpin Islam dalam bidang kepimpinan dan pengurusan;
  2. Memurnikan kurikulum di pusat-pusat pendidikan agar selaras dengan ajaran Islam;
  3. Menggunakan media massa sepenuhnya bagi tujuan menyedarkan masyarakat Islam tentang tanggungjawab pemimpin dan kepimpinan dalam menjaminkan kelangsungan ummah; 
  4. Menyedarkan setiap pemimpin Islam tentang kewajipan dan tanggungjawab mereka sebagai penggerak utama dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat;
  5. Meningkatkan mutu kepemimpinan pemimpin-pemimpin Islam yang sedia ada melalui penguasaan ilmu pengetahuan tentang sejarah kepimpinan dan kepekaan tentang isu-isu sosial semasa;
  6. Mengeratkan lagi hubungan dan meningkatkan kerjasama di antara pemimpin semasa dengan golongan muda bagi memperkasakan politik dan kepimpinan di kalangan ummah; dan
  7. Melahirkan ramai pemimpin pelapis yang berwibawa dan mempunyai ketokohan untuk menjadi pewaris yang bertanggungjawab dalam memimpin ummah.