Perakuan Bengkel Bina Upaya Ummah 2007


Hasil daripada Bengkel Bina Upaya Ummah (BBUU 2007)  yang diadakan pada Disember 2007 di Hotel Holiday Inn, Kuching (Kini dikenali sebagai Hotel Grand Margherita), tiga (3) kumpulan sasar utama telah dikenalpasti dan sembilan (9) bidang bina upaya telah dirumuskan daripada perbincangan bengkel tersebut.

 

Tiga Kumpulan Sasar Utama

  1. Kanak-Kanak
  2. Belia
  3. Pemimpin dan Jawatankuasa Masjid (Diterjemah sebagai “Rakan Kongsi” dalam perancangan BPP-MIS)

Sembilan Bidang Bina Upaya Ummah

  1. Pembangunan pendidikan, perkembangan intelektual dan kesejahteraan psikologi anak-anak muda Islam
  2. Kesejahteraan sosial individu Islam
  3. Kesejahteraan sosial masyarakat Islam
  4. Profesionalisme dan integriti kepimpinan Islam
  5. Kekuatan, ketahanan dan martabat ummah
  6. Kekuatan dan keteguhan iman
  7. Kelestarian ekonomi dan keutuhan dunia dagang masyarakat Islam
  8. Kematangan dan kestabilan politik
  9. Kesihatan dan kesejahteraan demografi dan alam sekitar

Tiga Bidang Bina Upaya BPP-MIS

  1. Pembangunan pendidikan, perkembangan intelektual dan kesejahteraan psikologi anak-anak muda Islam (Bidang Perkhidmatan Pendidikan Am)
  2. Profesionalisme dan integriti kepimpinan Islam (Bidang Perkembangan Profesional Berterusan)
  3. Kesejahteraan sosial individu Islam (Bidang Pembangunan Sosiobudaya)

pautan ke Senarai Bidang Pelaksanaan Aktiviti BPP-MIS