Pelan Tindakan MIS 2011-2020


Spread the love

Pengimarahan Masjid || Pendidikan || Ekonomi || Sosiobudaya || Dakwah || Perundangan Islam

Pengenalan

BPP-MIS merupakan urus setia kepada Jawatankuasa Teknikal Pendidikan yang menyelaras pelaksanaan tindakan dalam pendekatan-pendekatan yang telah dikenPTMISal pasti dalam Bidang Pendidikan, Buku Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2011-2020 (PTMIS). Setakat ini sebanyak lima (5) perjumpaan telah dilaksanakan dengan agensi-agensi yang terbabit. Dengan baki tiga (3) tahun tempoh yang telah ditetapkan, masih banyak lagi pendekatan yang telah disenaraikan belum dapat direalisasikan atas pelbagai faktor dan kekangan. Namun agenda Pemukiman pengurusan dan pentadbiran umat Islam di Sarawak dilihat dan diharap menjadi katalis kepada kejayaan pelan tindakan yang telah dibangunkan.

Dari segi sejarah, Buku PTMIS ini telah mula diperbincangkan pada penghujung tahun 2010 di Damai Puri Resort & Spa, Santubong sebelum dimurnikan dalam dua (2) lagi bengkel permurniaan di Hotel Mega, Miri dan Pusat Penerangan Islam Sarawak (IIC). Perakuan Kongres Islam Sarawak 2009 dan Muktamar Masjid-Masjid Negeri Sarawak 2009 telah dijadikan asas rujukan kepada permasalahan dan latar belakang keperluan umat Islam Sarawak. Draf akhir telah disunting dan disediakan oleh pihak BPP-MIS sebelum percetakannya diserahkan kepada pihak Tabung Baitulmal Sarawak. Buku ini menjadi rujukan kepada Majlis Islam Sarawak, agensi di bawahnya dan institusi Islam lain sama ada kerajaan atau bukan kerajaan termasuk institut pengajian tinggi tempatan untuk memainkan peranan masing-masing secara lebih efektif dan efisien menjelang tahun 2020.

Untuk memuat turun salinan Pelan Tindakan ini sila klik pautan berikut MUAT TURUN

Senarai Bidang (B#)

  1. Pengimarahan MasjidMasjid sebagai Institusi Pembangunan Masyarakat
  2. PendidikanPendidikan Syumul Membina Ummah Bertaqwa
  3. EkonomiUmmah yang Ekonominya Kukuh, Dinamik dan Bersifat Mandiri
  4. Sosiobudaya:Keutuhan Institusi Keluarga Asas Pembentukan Ummah Sejahtera
  5. DakwahGerakan Dakwah yang Syumul dan Takamul
  6. Perundangan Islam:Pelaksanaan Undang-Undang Islam Asas Keharmonian Ummah

Senarai Strategi (S#)

  1. Memperkasa kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran masjid (B1)
  2. Meningkat keterampilan dan kewibawaan naqib (B1)
  3. Memanfaatkan sepenuhnya kewujudan masjid (B1)
  4. Memartabatkan masjid sebagai pusat pendidikan (B2)
  5. Melibatkan masyarakat dalam proses pembentukan generasi muda (B2)
  6. Meningkatkan keperihatinan golongan pendidikan tentang agenda pembangunan ummah (B2)
  7. Meningkatkan penyertaan dan menambah bilangan orang Islam dalam bidang perniagaan (B3)
  8. Memperkukuhkan dan menambah aset yang dimiliki oleh orang Islam (B3)
  9. Meningkatkan kesedaran dan memupuk semangat persaudaraan seagama dalam perniagaan (B3)
  10. Memperkukuhkan institusi keluarga dan meningkatkan kecekapan keibubapaan di kalangan ummah (B4)
  11. Meningkatkan penglibatan belia dalam pelbagai aktiviti masyarakat (B4)
  12. Memanfaatkan sepenuhnya gerakan dakwah oleh pelbagai agensi (B4)
  13. Meningkatkan kualiti dan menambah bilangan ummah (B4)
  14. Menambah bilangan pendakwah yang berkelayakan dan berwibawa (B5)
  15. Memantapkan program dakwah dan pelaksanaannya (B5)
  16. Memanfaatkan sepenuhnya gerakan dakwah oleh pelbagai agensi (B5)
  17. Meningkatkan kualiti dan menambah bilangan ummah (B5)
  18. Memantapkan pelaksanaan undang-undang Islam sebagai sistem perundangan utama ummah (B6)
  19. Memantapkan institusi perundangan Islam (B6)

Senarai Pendekatan (P#)

  1. Mewujudkan barisan kepimpinan yang berwibawa dan komited (B1S1)
  2. Melaksana program pembangunan personel yang berterusan (B1S1)
  3. Melaksana program pembangunan berterusan bagi pegawai masjid (B1S1)
  4. Melaksana program pembangunan keterampilan naqib (B1S2)
  5. Melaksanakan pelbagai aktiviti pengimarahan untuk memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat (B1S3)
  6. Mewujudkan jaringan dan rangkaian antara masjid di seluruh negeri dan negara (B1S3)
  7. Mewujudkan rangkaian rakan kongsi masjid (B1S3)
  8. Mempelbagai aktiviti pendidikan di masjid (B2S4)
  9. Mempertingkatkan kemudahan pendidikan di masjid-masjid (B2S4)
  10. Membangun program pendidikan sokongan berasaskan masyarakat (B2S5)
  11. Membangun program khas untuk keperluan khusus (B2S5)
  12. Meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan para pendidikan (B2S6)
  13. Membina jaringan hubungan profesional dalam kalangan para pendidik di sekolah dengan ahli akademik Islam di IPT (B2S6)
  14. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang kewajiban berniaga sebagai tuntutan fardhu kifayah (B3S7)
  15. Meningkatkan kesedaran peluang-peluang dan kemudahan perniagaan yang sedia ada (B3S7)
  16. Menggunakan sepenuhnya semua peluang dan kemudahan perniagaan yang sedia ada (B3S7)
  17. Mengkonsolidasikan sumber dan dana milik orang Islam sebagai satu cara untuk memperolehi aset baru (B3S8)
  18. Meningkatkan amalan berwakaf dalam kalangan umat Islam (B3S8)
  19. Memantapkan dana zakat harta dalam kalangan umat Islam (B3S8)
  20. Memupuk semangat kekitaan dan membina jaringan kerjasama dalam kalangan para peniaga Islam (B3S9)
  21. Memupuk semangat kesatuan dan kekitaan seagama dalam kalangan para pengguna Islam (B3S9)
  22. Memantap program pembangunan keluarga (B4S10)
  23. Mewujud sistem khidmat sokongan (B4S10)
  24. Menyedarkan para belia tentang tanggungjawab sosial (B4S11)
  25. Meningkatkan kemahiran sosiobudaya belia (B4S11)
  26. Menyelaras aktiviti dakwah antara agensi (B4S12)
  27. Meningkatkan penghayatan dan amalan islami (B4S13)
  28. Menambah bilangan ahli dalam keluarga muslim (B4S13)
  29. Meningkatkan bilangan saudara kita (B4S13)
  30. Mengenal pasti pendakwah sedia ada dan individu yang berminat untuk terlibat dalam aktiviti dakwah (B5S14)
  31. Menyediakan program latihan dan peningkatan ilmu serta kemahiran dakwah (B5S14)
  32. Mewujudkan garis panduan perkhidmatan dakwah yang mantap (B5S14)
  33. Menyediakan kurikulum dan garis panduan pelaksanaan dakwah (B5S15)
  34. Mewujudkan sumber kewangan dan kemudahan untuk berdakwah (B5S15)
  35. Mewujudkan sistem sokongan, pemantauan dan penilaian (B5S15)
  36. Menyelaras aktiviti dakwah antara agensi (B5S16)
  37. Mengembeling sumber dan tenaga serta meningkat kerjasama dalam kalangan pendakwah dari pelbagai agensi (B5S16)
  38. Mengukuh aqidah dalam kalangan ummah (B5S17)
  39. Meningkatkan penghayatan dan amalan islami (B5S17)
  40. Menambah bilangan ahli dalam keluarga muslim (B5S17)
  41. Meningkatkan bilangan saudara kita (B5S17)
  42. Memperkemas dan memantapkan undang-undang yang sedang berkuatkuasa selari dengan tuntutan siyasah syar’iyyah (B5S18)
  43. Meningkatkan kesedaran ummah mengenai undang-undang Islam (B5S18)
  44. Memantap dan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang Islam (B6S21)
  45. Memantap dan meningkatkan keberkesanan pendakwaan (B5S18)
  46. Memantap dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah mahkamah (B5S18)
  47. Meningkatkan profesionalisme peguam syar’ie (B5S18)
  48. Memperkukuh jabatan kehakiman syariah (B6S19)
  49. Memperkukuh institusi pendakwaan syariah (B6S19)
  50. Memperkukuh institusi penguatkuasaan undang-undang Islam (B6S19)

Senarai Tindakan

  1. Melantik ahli JKP Masjid dalam kalangan ahli kariah yang berwibawa (B1S1P1)
  2. Menilai prestasi ahli JKP Masjid secara berterusan (B1S1P1)
  3. Memberi latihan kepimpinan dan pengurusan kepada ahli JKP Masjid (B1S1P1)
  4. Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang mantap (B1S1P2)
  5. Mewujudkan sistem khidmat sokongan pengurusan dan pentadbiran masjid (B1S1P2)
  6. Mengadakan program latihan untuk meningkat ilmu pengetahuan dan kemahiran pegawai masjid (B1S1P3)
  7. Memantau dan menilai pelaksanaan program latihan (B1S1P3)
  8. Mengadakan program latihan untuk meningkat ilmu pengetahuan dan kemahiran pegawai naqib
  9. Memantau dan menilai pelaksanaan program latihan (B1S2P4)
  10. Memantapkan kerjasama antara JKP Masjid dengan JKKK dan agensi lain (B1S3P5)
  11. Mengada pelbagai program pendidikan untuk pelbagai peringkat kariah (B1S3P5)
  12. Membina satu sistem yang menghubungkan semua masjid secara maya (B1S3P6)
  13. Mewujudkan jaringan kerjasama rakan kongsi untuk setiap masjid (B1S3P7)
  14. Meningkatkan kesedaran dan kecekapan rakan kongsi secara berterusan (B1S3P7)
  15. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan (B2S4P8)
  16. Mewujudkan sekumpulan rakan kongsi dalam kalangan guru dan pakar-pakar serta agensi setempat untuk membantu pelaksanaan program dan aktiviti pendidikan (B2S4P8)
  17. Melengkapkan masjid dengan pelbagai kemudahan dan peralatan pendidikan (B2S4P9)
  18. Mengenal pasti pakar rujuk setempat dan membangun bank data dan jaringan pakar (B2S5P10)
  19. Membina kurikulum pendidikan sosiobudaya berasaskan masyarakat (B2S5P10)
  20. Melaksana program pendidikan sosiobudaya berasaskan masyarakat (B2S5P10)
  21. Membina dan melaksanakan program khas untuk memenuhi keperluan spesifik masyarakat setempat (B2S5P11)
  22. Membangun rangkaian kemudahan dan prasarana untuk tujuan pendidikan dan latihan (B2S5P11)
  23. Melaksana program peningkatan kesedaran dan jati diri untuk para pendidik (B2S6P12)
  24. Memperbanyak peluang penglibatan para pendidik dalam kegiatan kemasyarakatan (B2S6P12)
  25. Mewujud pangkalan data para pendidik dan ahli akademik Islam Sarawak (B2S6P13)
  26. Memperbanyak peluang interaksi antara para pendidik di sekolah dengan ahli akademik dari IPT (B2S6P13)
  27. Mengadakan program kesedaran tuntutan fardu kifayah (B3S7P14)
  28. Mewujudkan pangkalan data peluang-peluang perniagaan yang disediakan oleh pelbagai agensi (B3S7P15)
  29. Mewujudkan sistem penyebaran maklumat kepada semua institusi Islam (B3S7P15)
  30. Menyediakan khidmat bimbingan perniagaan secara online dan melalui one-stop-centre (B3S7P16)
  31. Menubuhkan koperasi berpusatkan masjid (B3S8P17)
  32. Menubuh konsortium perniagaan dalam kalangan koperasi masjid (B3S8P17)
  33. Mengadakan program meningkatkan kempen kesedaran amalan berwakaf (B3S8P18)
  34. Mewujudkan mekanisme wakaf yang mesra jemaah (B3S8P18)
  35. Mengadakan program peningkatan kesedaran mengeluar zakat harta (B3S8P19)
  36. Mewujudkan mekanisme kutipan zakat harta (B3S8P19)
  37. Menyediakan direktori perniagaan dan keusahawanan orang Islam di Sarawak dan di luar negeri (B3S9P20)
  38. Menubuh Dewan Usahawan Islam Sarawak (B3S9P20)
  39. Menjalankan aktiviti yang memupuk semangat kepenggunaan Islam (B3S9P21)
  40. Mengadakan program kesedaran dan kemahiran kekeluargaan (B4S10P22)
  41. Mewujudkan biro khidmat nasihat kekeluargaan di masjid (B4S10P23)
  42. Mengadakan pelbagai program pembangunan belia (B4S11P24)
  43. Mengadakan program kemahiran sosiobudaya (B4S11P25)
  44. Mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan (B4S11P26)
  45. Mengadakan program khas untuk meningkatkan keprihatinan sosial dalam kalangan ummah (B4S12P27)
  46. Mempelbagaikan program untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang faedah dan tanggungjawab hidup berjiran (B4S12P28)
  47. Memperbanyakkan program yang memberikan kesedaran tentang tanggungjawab sosial sebagai tanggungjawab bersama (B4S13P29)
  48. Mewujudkan lebih banyak wadah untuk memudahkan penyaluran bantuan yang pelbagai kepada golongan yang memerlukan (B4S13P29)
  49. Mengadakan pelbagai program peningkatan kesedaran dan keupayaan untuk mengangkat harga diri yang positif (B4S13P30)
  50. Membangun bank data pendakwah setempat (B5S14P31)
  51. Mengadakan program latihan dakwah (B5S14P32)
  52. Mengadakan garis panduan perkhidmatan khas untuk para pendakwah bagi kegunaan agensi dakwah (B5S14P33)
  53. Membina kurikulum dan garis panduan bahan-bahan berkaitan (B5S15P34)
  54. Mengadakan garis panduan pelaksanaan dakwah (B5S15P34)
  55. Mewujudkan tabung khas untuk tujuan dakwah (B5S15P35)
  56. Mewujudkan sistem bantuan dan agihan dana kepada badan-badan dakwah (B5S15P35)
  57. Mewujudkan khidmat pakar untuk membantu para pendakwah (B5S15P36)
  58. Mewujudkan sistem pemantauan dan penilaian aktiviti dakwah (B5S15P36)
  59. Memperkemas pelaksanaan aktiviti dakwah (B5S16P37)
  60. Membina jaringan dengan pendakwah bebas / perseorangan (B5S16P38)
  61. Mempelbagai aktiviti dakwah untuk menepati pelbagai keperluan ummah (B5S17P39)
  62. Mengadakan program khas untuk menangani ancaman terhadap akidah (B5S17P39)
  63. Mengadakan program untuk menambah bilangan perkahwinan dalam kalangan masyarakat Islam (B5S17P40)
  64. Mengadakan program untuk meningkat bilangan keluarga besar (B5S17P40)
  65. Mengadakan pelbagai program bantuan kepada mereka yang berminat menganut agama Islam (B5S17P40)
  66. Mewujudkan peruntukan undang-undang yang kemaskini (B6S18P41)
  67. Menubuh Unit Syariah di Pejabat Peguam Besar Negeri (B6S18P41)
  68. Mengadakan program kesedaran Undang-undang Keluarga Islam dan Kesalahan Jenayah Syariah (B6S18P42)
  69. Mengadakan program untuk meningkatkan tahap profesionalisme Pegawai Penguatkuasa Agama (B6S18P43)
  70. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Penguatkuasaan (B6S18P43)
  71. Mengadakan program untuk meningkatkan tahap profesionalisme Pegawai Pendakwa Syarie (B6S18P44)
  72. Menambah jawatan dan bilangan personel pendakwaan syarie (B6S18P44)
  73. Menubuhkan Bahagian Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Perintah Mahkamah di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (B6S18P45)
  74. Menubuhkan jawatankuasa kerja penguatkuasaan perintah mahkamah (B6S18P45)
  75. Mengadakan program untuk meningkatkan tahap profesionalisme Peguam Syarie (B6S18P46)
  76. Mewujudkan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie yang mantap (B6S18P46)
  77. Menambah bilangan perjawatan kehakiman (B6S19P47)
  78. Menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman Syariah Negeri (B6S19P47)
  79. Menyediakan kemudahan kehakiman yang berasingan (B6S19P47)
  80. Menubuhkan Jabatan Pendakwaan Syariah (B6S19P48)
  81. Menubuhkan Jabatan Penguatkuasaan Syariah (B6S19P49)