Senarai Strategi


31 program dan 89 aktiviti pendidikan berdasarkan komuniti yang dibina oleh BPP-MIS adalah berdasarkan keperluan 11 kumpulan sasar yang telah dikenalpasti, dan dipandukan oleh 17 strategi dan yang difikirkan wajar bagi tujuan mencapai keberhasilan utama selari dengan matlamat strategik BPP-MIS amnya dan matlamat strategik setiap kumpulan sasar khasnya.

  • Strategi 1 : Membangun dan memperluaskan peluang pendidikan awal kanak-kanak (B1K1)
  • Strategi 2 : Menyedia pengalaman pembelajaran berkualiti dan menyeronokkan (B1K1)
  • Strategi 3 : Membangun dan menyediakan pengalaman pembelajaran khas (B1K2)
  • Strategi 4 : Membangun dan menyedia pengalaman pembelajaran tambahan (B1K3)
  • Strategi 5 : Membentuk sikap positif dan memupuk kesedaran tentang maruah serta harga diri pelajar (B1K4)
  • Strategi 6 : Meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti seni dan penggunaan teknologi (B1K4)
  • Strategi 7 : Meningkatkan kesedaran dan kemahiran sosial pelajar (B1K5)
  • Strategi 8 : Membentuk sikap positif dan memupuk kesedaran tentang maruah dan harga diri (K6)
  • Strategi 9 : Meningkatkan keupayaan belia untuk berdikari (B2K6)
  • Strategi 10 : Meningkatkan kesedaran dan membangun potensi belia (B2K7)
  • Strategi 11 : Meningkatkan kefahaman tentang makna dan budaya ilmu (B2K7)
  • Strategi 12 : Memantap jati diri dan semangat kepedulian sosial (B2K8)
  • Strategi 13 : Memupuk kemahiran dan kecekapan kepimpinan dan pengurusan (B2K8)
  • Strategi 14 : Membina dan mempertingkatkan kesedaran dan semangat kepedulian sosial (B2K9)
  • Strategi 15 : Meningkatkan profesionalisme secara berterusan (B3Kumpulan Sasar 9)
  • Strategi 16 : Meningkat penglibatan rakan kongsi BPP-MIS dalam merancang dan melaksana program kemasyarakatan  (B3K10)
  • Strategi 17 : Membantu meningkatkan kualiti pengurusan pendidikan sekolah (B3K11)

Pautan ke Senarai Program