Program Pemimpin dan Individu Prihatin


Kumpulan Pemimpin dan Individu Prihatin merupakan kumpulan sasar penting dalam perancangan dan pelaksanaan Program dan Aktiviti BPP-MIS. Golongan ini terdiri daripada pelbagai kumpulan pemimpin peringkat akar umbi seperti Ketua Masyarakat, Ketua Kaum, JK Pengurusan Masjid, Pemimpin NGO dan Pemimpin Belia dan juga individu-individu profesional yang prihatin tentang kebajikan, kesejahteraan dan masa depan ummah. Mereka bukan sahaja menjadi penggerak utama tetapi juga berperanan sebagai perancang dan pelaksana pelbagai aktiviti pendidikan atau kemasyarakatan sesuai dengan keperluan setempat.

Bagi membantu golongan ini memahami aspirasi dan agenda pembangunan ummah, serta menghayati peranan besar yang boleh dimainkan oleh mereka bagi mengupaya dan memperkasakan masjid-masjid, BPP-MIS telah menetapkan dua (2) strategi, enam (6) Program dan 18 aktiviti utama.

Senarai Program :-

  • Program 23 : Peningkatan Kesedaran dan Kefahaman Tentang Perubahan Semasa
  • Program 24 : Pemerkasaan Jati Diri Individu Prihatin
  • Program 25 : Peningkatan Hubungan dan Jaringan dalam Kalangan Profesional Islam
  • Program 26 : Pemerkasaan Kepemimpinan dan Pengurusan
  • Program 27 : Peningkatan Literasi dan Pemantapan Kecekapan Instruksional
  • Program 28 : Pemudayaan Penyelidikan dan Penilaian