Program Kumpulan Rakan Kongsi


Program dan Aktivti untuk Kumpulan Rakan Kongsi ini bertujuan menggalakkan mereka menterjemahkan semangat kepedulian sosial dan kebertanggungjawaban melalui pengajuran pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat setempat. Dengan bantuan dan galakan sebegini mereka mampu berperanan sebagai kumpulan yang komited menggerak dan mengurus agenda pembangunan ummah. Keberhasilan program ini diukur melalui peningkatan penglibatan Rakan Kongsi dalam merancang dan melaksanakan program pendidikan dan kemasyarakatan. Bantuan yang disediakan oleh BPP-MIS adalah untuk 10 aktiviti bagi bidang-bidang berikut :-

  1. Pendidikan
  2. Kepimpinan
  3. Pengurusan
  4. Sosiobudaya
  5. Pembangunan Kemahiran
  6. Peningkatan Kefahaman Islam
  7. Kekeluargaan 
  8. Bina Istana
  9. Kesukarelaan
  10. Khidmat Nasihat
  11. Warga Emas

Senarai Program :-

  • Program 29 : Khidmat Profesional dan Bantuan Dana