Program Pelajar Memerlukan Bimbingan


Melalui program bimbingan yang dibangunkan khas untuk kumpulan ini, BPP-MIS percaya bahawa mereka boleh mencapai tahap rasa yakin dan percaya diri yang tinggi untuk mendapat sepenuh manfaat daripada peluang pembelajaran dan pendidikan formal yang disediakan di sekolah-sekolah. Dengan terbentuknya sikap dan pandangan kendiri yang positif mereka diyakini akan lebih bersedia untuk terlibat dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bersama rakan sebaya.

Enam (6) aktiviti di bawah dua (2) program ini bertujuan membimbing pelajar untuk mengenali dan meningkatkan keyakinan diri serta menginsafi kebesaran Ilahi melalui motivasi dan aktiviti seni.

Senarai Program :-

Kumpulan Sasar 4 : Pelajar yang Memerlukan Bimbingan (PMB)

  • Program 9 : Penemuan dan Pemantapan Jati Diri Pelajar
  • Program 10 : Penguasaan Asas Seni dan Penggunaan Teknologi