Program Murid Ketinggalan


Berpandukan strategi “membangun dan menyedia pengalaman pembelajaran khas bagi murid yang ketinggalan”, enam (6) aktiviti di bawah dua (2) program telah dibina dengan tujuan membantu dan membimbing murid-murid sekolah rendah yang tertinggal atau ketinggalan menguasai beberapa kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan berfikir. Hasrat untuk melihat semua murid Islam berkeupayaan dan berkeyakinan untuk terus mengikuti pendidikan formal arus perdana, iaitu sifar keciciran, program dan aktiviti untuk kumpulan ini juga memberi tumpuan kepada usaha membentuk jati diri dan membina watak budaya mereka supaya bersikap positif, berkeyakinan diri serta bersemangat cekal untuk terus berada di alam persekolahan.

Senarai Program :-

Kumpulan Sasar 2: Murid yang Ketinggalan (MKT)

  • Program 5 : Pemupukan dan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca, Menulis, Mengira & Berfikir
  • Program 6 : Penemuan dan Pemantapan Jati Diri Murid