Program Murid Berbakat


BPP-MIS menyedari bahawa murid yang berbakat dan memiliki kebolehan yang istimewa (gifted or talented) adalah antara kumpulan murid sekolah rendah yang perlu diberi bimbingan dan peluang pembelajaran yang khusus supaya bakat dan minat semulajadi mereka itu dapat dipupuk dan dikembangkan sepenuhnya. Murid yang berbakat dan berpotensi ini mempunyai harapan untuk mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi dalam bidang kecenderungan masing-masing sekiranya mereka diberi kesempatan dan bimbingan yang sesuai dan bertepatan dengan keperluan serta bakat mereka. Berpandukan hasrat strategik untuk melihat “semua murid yang berbakat mempunyai keyakinan dan semangat untuk mengembangkan potensi masing-masing’ dan bakat mereka ini dihargai, diiktiraf dan dirayai bersama oleh masyarakat, BPP-MIS telah merangka lima (5) aktiviti di bawah dua (2) program.

Senarai Program :-

Kumpulan Sasar 3: Murid yang Berbakat (MBK)

  • Program 7 : Pemupukan dan Pengembangan Bakat Semula Jadi dan Potensi Diri
  • Program 8 : Peningkatan dan Pengayaan Kemahiran Asas