Program Kanak-Kanak Berusia 3-4 Tahun


Lapan (8) aktiviti yang tersebut di atas adalah di bawah empat (4) program yang dipandukan oleh dua (2) strategi utama bagi kanak-kanak berusia 3–4 tahun, dibangunkan dengan tujuan untuk membantu masyarakat Islam menangani permasalahan akses, kualiti dan ekuiti dalam pengasuhan serta pendidikan awal kanak-kanak di kawasan-kawasan penduduk Islam yang masih memerlukan kemudahan sedemikian. Secara khusus program dan aktiviti ini diwujudkan untuk menggalakkan masyarakat Islam setempat terlibat secara aktif dalam usaha-usaha strategik untuk memperluas dan membanyakkan ruang dan peluang asuhan, bimbingan dan pembelajaran yang berkualiti di masjid-masjid. Rajah di bawah ini menggambarkan tentang program dan aktiviti tersebut sebagai usaha strategik untuk membentuk dan melahirkan kanak-kanak yang mesra masjid, beradab serta berkeyakinan untuk mengikuti didik dan pembelajaran di tadika.

Senarai Program :-

Kumpulan Sasar 1: Kanak-Kanak 3-4 Tahun (KKP)

  • Program 1 : Penubuhan dan Pengurusan Taska Masjid
  • Program 2 : Latihan Asas Pengasuhan
  • Program 3 : Pengajaran Dan Pembelajaran Kreatif dan Inovatif di Taska
  • Program 4 : Pembangunan dan Pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Awal Kanak-Kanak