Program Pemimpin Belia


BPP-MIS menyedari betapa pentingnya golongan pemimpin belia yang terdiri dari kalangan belia masjid, pengawas sekolah, pelajar sekolah Tingkatan Enam, pelajar Institut Pengajian Tinggi dan belia Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) diberi peluang untuk menguasai ilmu pengetahuan serta beberapa kemahiran asas kepimpinan dan pengurusan bagi mengupayakan mereka memainkan peranan penting sebagai pemangkin atau penggerak aktiviti pendidikan atau kemasyarakatan setempat. Pemimpin belia wajar memiliki setiap positif, prihatin dan mampu menjadi rakan kongsi yang proaktif dan kreatif supaya mereka dapat membantu Ketua-Ketua Masyarakat dan JKP Masjid secara berkesan dalam usaha mengimarah atau memperkasakan masjid.

Untuk kumpulan pemimpin belia, BPP-MIS telah mengenalpasti dua (2) strategi, dua (2) program dan lima (5) aktiviti utama bagi tujuan membimbing mereka supaya dapat memantapkan keyakinan serta jati diri dan memperkukuhkan semangat kepedulian sosial, dan memahami serta menguasai kemahiran kepimpinan dan pengurusan.

Senarai Program :-

  • Program 21 : Pemantapan dan Pengukuhan Jati Diri
  • Program 22 : Pembinaan Kemahiran Asas Kepimpinan dan Pengurusan