Program Belia Memerlukan Bimbingan


Untuk tujuan perancangan dan pelaksanaan program dan aktivitinya BPP-MIS mentakrifkan belia yang memerlukan bimbingan sebagai kumpulan belia yang kurang jelas tentang arah tuju hidup, kurang keyakinan diri dan berkencendurangan untuk terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat dan berisiko tinggi. Belia yang memerlukan bimbingan ini terdiri daripada belia yang masih bersekolah, tercicir dari persekolahan, atau yang telah tidak menyambung pelajaran dalam tempoh sekurang-kurang nya dua tahun kerana sebab-sebab yang tertentu.

BPP-MIS telah membangunkan empat (4) Program dan sembilan (9) Aktiviti untuk memenuhi keperluan belia yang memerlukan bimbingan dengan tujuan memberi mereka ruang dan peluang membentuk diri agar belia yang bertaqwa, berjati diri dan berkeyakinan untuk berdikari.

Senarai Program :-

  • Program 13 : Penemuan Diri
  • Program 14 : Pengukuhan Jati Diri
  • Program 15 : Peningkatan Kemahiran Asas Keusahawanan