Program Belia Berpotensi


BPP-MIS berpandangan bahawa semua belia yang berpotensi berkemampuan untuk menjadi individu yang berketrampilan dan berupaya menjadi penggerak agenda pembangunan ummah. Bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan program BPP-MIS, belia yang berpotensi ditakrifkan sebagai kumpulan belia yang memiiki pencapaian akademik dan daya kepimpinan yang baik serta berpotensi untuk menjadi lebih cemerlang sekiranya mendapat bimbingan secara berterusan.

Untuk kumpulan ini, BPP-MIS telah mengenalpasti dua (2) strategi, lima (5) program dan 11 aktivti utama bagi tujuan menyediakan peluang kepada mereka mendapat bimbingan sebagai asas dalam pembentukan ketrampilan diri dan pemupukan kesedaran dan semangat keprihatinan serta kepedulian sosial.

Senarai Program :-

  • Program 16 : Penemuan dan Pemantapan Jati Diri
  • Program 17 : Peningkatan Kesedaran tentang Perubahan dan Cabaran Baru
  • Program 18 : Pemupukan Amalan Hidup Berbudaya
  • Program 19 : Peningkatan Kebertanggung-jawaban Sosial
  • Program 20 : Pemupukan Budaya Ilmu