Senarai Program


Dalam Rangka Pelan Kedua BPP-MIS  bagi tempoh 2015-2017, BPP-MIS merancang untuk menjayakan 31 program yang merangkumi 89 aktiviti utama bagi 11 kumpulan sasar dalam usaha mencapai tiga (3) objektif / tanggungjawab berikut:

  • Membangun dan membina program dan aktiviti pendidikan yang sesuai dan relevan dengan keperluan masyarakat setempat
  • Membantu Majlis Islam dalam merealisasikan perancangan Bidang Pendidikan dalam Pelan Tindakan MIS 2011-2020
  • Mengimarahkan masjid melalui penganjuran pelbagai aktiviti pendidikan

Kumpulan Sasar 1: Kanak-Kanak 3-4 Tahun (KKP)

  • Program 1 : Penubuhan dan Pengurusan Taska Masjid (Strategi 1)
  • Program 2 : Latihan Asas Pengasuhan (Strategi 1)
  • Program 3 : Pengajaran Dan Pembelajaran Kreatif dan Inovatif di Taska (Strategi 2)
  • Program 4 : Pembangunan dan Pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Strategi 2)

Kumpulan Sasar 2: Murid yang Ketinggalan (MKT)

  • Program 5 : Pemupukan dan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca, Menulis, Mengira & Berfikir (Strategi 3)
  • Program 6 : Penemuan dan Pemantapan Jati Diri Murid (Strategi 3)

Kumpulan Sasar 3: Murid yang Berbakat (MBK)

  • Program 7 : Pemupukan dan Pengembangan Bakat Semula Jadi dan Potensi Diri (Strategi 4)
  • Program 8 : Peningkatan dan Pengayaan Kemahiran Asas (Strategi 4)

Kumpulan Sasar 4 : Pelajar yang Memerlukan Bimbingan (PMB)

  • Program 9 : Penemuan dan Pemantapan Jati Diri Pelajar (Strategi 5)
  • Program 10 : Penguasaan Asas Seni dan Penggunaan Teknologi (Strategi 6)

Kumpulan Sasar 5: Pelajar yang Berpotensi (PPO)

  • Program 11 : Peningkatan Jati Diri dan Kesedaran Sosial Pelajar (Strategi 7)
  • Program 12 : Peningkatan Kemahiran Sosial Pelajar (Strategi 7)

Kumpulan Sasar 6: Belia yang Memerlukan Bimbingan (BMB)

  • Program 13 : Penemuan Diri (Strategi 8)
  • Program 14 : Pengukuhan Jati Diri (Strategi 8)
  • Program 15 : Peningkatan Kemahiran Asas Keusahawanan (Strategi 9)

Kumpulan Sasar 7: Belia yang Berpotensi (BPO)

  • Program 16 : Penemuan dan Pemantapan Jati Diri (Strategi 1)
  • Program 17 : Peningkatan Kesedaran tentang Perubahan dan Cabaran Baru (Strategi 1)
  • Program 18 : Pemupukan Amalan Hidup Berbudaya (Strategi 1)
  • Program 19 : Peningkatan Kebertanggung-jawaban Sosial (Strategi 1)
  • Program 20 : Pemupukan Budaya Ilmu (Strategi 1)

Kumpulan Sasar 8: Pemimpin Belia (PBL)

  • Program 21 : Pemantapan dan Pengukuhan Jati Diri (Strategi 1)
  • Program 22 : Pembinaan Kemahiran Asas Kepimpinan dan Pengurusan (Strategi 1)

Kumpulan Sasar 9: Pemimpin dan Individu Prihatin (PIP)

  • Program 23 : Peningkatan Kesedaran dan Kefahaman Tentang Perubahan Semasa (Strategi 1)
  • Program 24 : Pemerkasaan Jati Diri Individu Prihatin (Strategi 1)
  • Program 25 : Peningkatan Hubungan dan Jaringan dalam Kalangan Profesional Islam (Strategi 1)
  • Program 26 : Pemerkasaan Kepemimpinan dan Pengurusan (Strategi 1)
  • Program 27 : Peningkatan Literasi dan Pemantapan Kecekapan Instruksional (Strategi 1)
  • Program 28 : Pemudayaan Penyelidikan dan Penilaian (Strategi 1)

Kumpulan Sasar 10: Kumpulan Rakan Kongsi (KRK)

  • Program 29 : Khidmat Profesional dan Bantuan Dana (Strategi 1)

Kumpulan Sasar 11: Sekolah-Sekolah Majlis Islam Sarawak (SMI)

  • Program 30 : Pengurusan Sekolah MIS (Strategi 1)
  • Program 31 : Pemuafakatan Sekolah, PIBG dan Alumni (Strategi 1)

Pautan ke Senarai Aktiviti