Bengkel Kemahiran Asas Komunikasi


Kemahiran komunikasi adalah satu aspek penting dalam kehidupan bermasyarakat. Penguasaan kemahiran ini memudahkan seseorang untuk berinteraksi, bersosialisasi, memahami dan difahami. Kemahiran dalam bidang ini boleh dikuasai melalui penglibatan langsung dalam pelbagai aktiviti dan latihan.

Bengkel ini menyediakan ruang kepada pelajar sekolah menengah yang memerlukan bimbingan untuk meningkatkan kecekapan mereka berkomunikasi, bukan sahaja dengan rakan sebaya tetapi juga dengan khalayak ramai dalam pelbagai konteks sosial di sekolah atau pun dalam kalangan masyarakat luar. Bengkel ini bertujuan membantu para pelajar yang memerlukan bimbingan:

  • Meningkatkan keyakinan dan potensi diri;
  • Meningkatkan kemahiran dan keupayaan berkomunikasi dalam pelbagai konteks sosial; dan
  • Meningkatkan kreativiti melalui dan dalam berbahasa dan berhujah.