Bengkel Bina Insan


Pemantapan jati diri dalam kalangan remaja Islam adalah penting dalam usaha membangun dan mensejahterakan ummah. Remaja Islam yang memiliki jati diri yang kukuh bukan sahaja lebih berkemampuan mempertingkatkan keupayaan diri tetapi juga lebih berkeyakinan untuk membantu rakan sebaya. Justeru, peluang perlu disediakan untuk mereka mendapat bimbingan dan membina jati diri yang lebih mantap. Bengkel ini bertujuan untuk membina keyakinan dan jati diri dalam kalangan peserta supaya mereka lebih bersedia untuk memasuki alam dewasa dan menjadi pemimpin rakan sebaya.

  • Objektif bengkel ini adalah:
  • Meningkatkan keyakinan dan jati diri;
  • Meningkatkan kesediaan untuk melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah serta bermanfaat; dan
  • Meningkatkan daya kepimpinan.

Bengkel ini dikendalikan dengan kerjasama rakan kongsi dan dilaksanakan dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, diskusi kumpulan dan pembentangan hasil dengan melibatkan pengisian seperti berikut:

  • Mengenali Diri
  • Mengenali Pencipta
  • Mengenali Rasulullah
  • Konsep Khalifah
  • Adab Pembelajaran
  • Ekspresi Rasa