Bengkel Asas Multimedia


Multimedia sebagai teknologi penyampaian maklumat yang menggabungkan elemen-elemen teks, grafik, bunyi, animasi dan video adalah satu media komunikasi yang penting dikuasai oleh para pelajar. Sifatnya yang interaktif mampu digunakan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menarik serta menyeronokkan.

BPP-MIS meyakini bahawa bahan multimedia dapat berperanan menjadi daya tarikan serta pendorong kepada para pelajar yang memerlukan bimbingan untuk menghargai peluang persekolahan yang disediakan. Bengkel ini merupakan permulaan yang baik untuk melibatkan mereka dalam aktiviti yang bersifat hands-on, dan kerana itu lebih banyak amali daripada teori dalam pelaksanaannya. Bengkel ini mendedahkan kepada para peserta tentang kemahiran asas menggunakan beberapa perisian yang dapat membantu dalam menyediakan persembahan multimedia.

Bengkel ini bertujuan:

  • Meningkatkan kemahiran teknik dan kaedah memanipulasi grafik menggunakan komputer;
  • Meningkatkan kemahiran berkaitan dengan teknik dan kaedah fotografi dan video yang lebih efisien;
  • Meningatkan kemahiran dalam penghasilan animasi dan video menggunakan teknik perkomputeran; dan
  • Meningkatkan kefahaman tentang konsep dan asas mencipta persembahan multimedia.