Kolokium Rakan Sebaya dan Kepimpinan Pelajar


PENGENALAN
Pembangunan dan perubahan akan sentiasa membawa cabaran dan jangkaan baru. Pelajar sebagai pewaris ummah perlu mengetahui dan memahami kesan dan implikasi daripada perubahan tersebut serta membuat persediaan yang sewajarnya bagi menghadapi pelbagai kemungkinan yang bakal ditempuhi.

Aktiviti ini memberi peluang dan ruang kepada peserta mengikuti perkembangan terkini dan mengupas isu-isu semasa yang relevan. Ia juga menyediakan peluang dan ruang kepada pelajar yang bakal menamatkan persekolahan mengikuti perkembangan terkini mengenai pembangunan ekonomi negeri Sarawak dan jenis tenaga kerja yang diperlukan. Selain itu, peserta juga dibekalkan dengan maklumat mengenai peluang latihan kemahiran yang ditawarkan pelbagai institusi atau agensi berkaitan. Dalam aktiviti ini, peserta juga berpeluang mengupas isu-isu yang mereka anggap kritikal dan menjadi penghalang utama kepada mereka untuk meningkatkan kapasiti diri.

OBJEKTIF
1. Meningkat kesedaran tentang perubahan dan tuntutan semasa.
2. Meningkat kefahaman tentang pentingnya pembangunan diri sebagai persediaan menghadapi cabaran mendatang.
3. Memperkukuhkan jati diri dan semangat persaudaraan.

KUMPULAN SASAR
Pelajar Tingkatan 4 dan 5

PENGISIAN
• Pengertian konsep ukhuwah, akhlak, ilmu, jati diri dan kepimpinan dalam Islam
• Pemerkasaan jati diri dan ukhwah melalui bengkel dalam kumpulan
• Pendedahan tentang maklumat peluang pekerjaan, latihan dan pendidikan
• Perancangan aktiviti masa depan
• Program Pembangunan Negeri

CARA PELAKSANAAN
Kolokium ini dikelolakan dengan kerjasama JK Pengurusan Masjid dan Rakan Kongsi dan dikendalikan oleh sekumpulan fasilitator dalam bentuk ceramah, bengkel, latihan dalam kumpulan, diskusi kumpulan dan pembentangan hasil.

Leave a comment

Your email address will not be published.