Aktiviti Pelajar Berpotensi


Senarai Aktiviti

  1. Bengkel Bina Insan
  2. Bengkel Kemahiran Cara Belajar
  3. Bengkel Kemahiran Asas Komunikasi
  4. Bengkel Asas Fotografi
  5. Bengkel Asas Multimedia
  6. Bengkel Seni Khat
  7. Bengkel Jati Diri

Dua (2) Program dan tujuh (7) Aktiviti yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelajar sekolah menengah yang berpotensi tetapi tidak berkesempatan untuk membangunkan potensi tersebut kerana peluang yang amat terhad di sekolah masing-masing bertujuan meningkatkan rasa tanggungjawab dan semangat kepedulian sosial terhadap diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat melalui pemupukan kesedaran dan kefahaman tentang perubahan persekitaran sosiobudaya masyarakatnya. BPP-MIS ingin melihat semua pelajar Islam berkeupayaan memeta secara bijak halatuju pendidikan dan kerjaya merka dan berkemampuan membimbing rakan sebaya.

Program pertama yang memberi tumpuan kepada usaha mengenali dan menemui diri serta meningkatkan kemahiran sosial, dan program kedua yang bertujuan meningkatkan kesedaran mereka tentang isu sosial semasa serta mengenai tuntutan kepimpinan di sekolah masing-masing, dijangka mampu menyedarkan para pelajar ini tentang makna diri sebagai insan dan menginsafi tanggungjawab dalam menentukan halatuju diri dan peranan membantu rakan sebaya demi kesejahteraan sosial bersama.

Leave a comment

Your email address will not be published.