Kem Pembangunan Diri Murid Cerdas


Murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi perlu disediakan peluang untuk mendapat bimbingan khas bagi meningkatkan keupayaan mereka memanfaatkan sepenuhnya kecerdasan yang mereka miliki. Murid-murid berbakat ini wajar sekali diberi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan supaya potensi dan bakat yang ada itu dapat dibangunkan secara berkesan untuk membolehkan mereka mendapat asas kukuh bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing

Kem ini bertujuan membantu dan membimbing murid-murid berbakat dan berpotensi memperoleh ilmu dan menguasai kemahiran serta membentuk sikap yang diharap boleh menyerlahkan sertra menampilkan kecemerlangan mereka masing-masing. Bidang yang diberi tumpuan dalam kem ini adalah: kemahiran komunikasi; kemahiran belajar secara berkumpulan; pengurusan masa; kemahiran mencari maklumat; dan kemahiran menyelesai masalah.

Kem ini biasanya dikelolakan dalam bentuk bengkel, main peranan dan aktiviti berkumpulan oleh BPP-MIS dengan kerjasama JK Pengurusan Masjid, dan dikendalikan oleh fasilitator yang berpengalaman. Antara fasilitator yang biasa mengendalikan Kem ini adalah:

<akan dikemaskini>

Leave a comment

Your email address will not be published.