Kem Asas Kepimpinan


BPP-MIS mengakui bahawa bakat serta potensi kepimpinan yang ada pada murid-murid sekolah rendah yang telah dilantik sebagai pengawas atau ketua darjah perlu diasah dan dibentuk supaya mereka berkeyakinan dan berkecekapan untuk menjadi pemimpin dalam kalangan rakan sebaya. Pemimpin yang berwibawa dan berkeyakinan tinggi dalam kalangan murid merupakan insan penting yang boleh berperanan sebagai pendorong kepada rakan sebaya mereka serta berperanan membantu guru dan pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti sekolah. Justeru, sebagai pemimpin muda mereka memerlukan bimbingan dan tunjukajar supaya memiliki pengetahuan dan kemahiran asas dalam kepimpinan dan pengurusan.

Kem Kepimpinan Sekolah bertujuan menyediakan peluang kepada pemimpin murid untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran asas dalam bidang kepimpinan dan pengurusan aktiviti supaya terbina rasa yakin diri dan bersedia untuk memikul tanggungjawab kepimpinan yang diberi. Secara khusus Kem ini beretujuan memimpin pengawas dan ketua darjah yang berada dalam Tahun 5 dan Tahun 6 untuk:

  • memahami konsep asas kepimpinan dan pengurusan;
  • memahami peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin di peringkat sekolah; dan
  • memupuk rasa yakin dan percaya terhadap kemampuan diri sebagai pemimpin rakan sebaya.

Kem ini biasanya dikelolakan oleh JKP Masjid atau Sekolah dengan kerjasama BPP-MIS atau Rakan Kongsi dalam bentuk bengkel, ceramah dan latihan amali. Para Fasilitator yang banyak terlibat dalam pelaksanaan Kem ini antaranya adalah:

  • (akan dikemaskini)

Leave a comment

Your email address will not be published.