Penubuhan Taska Masjid


Aktiviti ini merupakah satu usaha Majlis Islam Sarawak untuk menambah peluang serta bilangan pusat asuhan dan didikan awal bagi kanak-kanak, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam di kawasan luar bandar yang sukar mendapat kemudahan atau khidmat asuhan daripada pihak orang perseorangan atau swasta.

BPP-MIS melalui aktiviti ini menggalak serta membantu JK Pengurusan Masjid untuk menubuhkan taska di masjid masing-masing. Dengan tertubuhnya taska di masjid, masyarakat setempat berkemampuan memenuhi sebahagian daripada keperluan asuhan kanak-kanak yang berada dalam lingkungan usia 3 – 4 tahun. Melalui aktiviti ini, BPP-MIS menyediakan khidmat nasihat profesional dan dana kepada JK Pengurusan Masjid bagi membantu serta memudahkan usaha mereka untuk memulakan pusat asuhan kanak-kanak di masjid masing-masing.

Secara khusus BPP-MIS berperanan membeeri bimbingan dan bantuan awal kepada JKP Masjid supaya mereka berkeyakinan kemudiannya mengendali dan mengurus taman asuhan untuk kanak-kanak di kawasan masing-masing. Sebagai panduan, BPP-MIS telah menetapkan prosedur berikut untuk memandu penubuhan taska masjid:

Leave a comment

Your email address will not be published.