Kem Sains


Mengambil kira tentang pentingnya murid meminati dan memiliki kemahiran asas proses sains untuk membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains secara berkesan, Kem Sains dibangunkan dengan tujuan untuk membantu murid-murid yang ketinggalan dalam aspek-aspek berikut:
a. memupuk dan meningkatkan minat terhadap subjek Sains;
b. memberi kesedaran tentang proses sains dalam kehidupan seharian; dan
c. meningkat kefahaman tentang proses sains.

BPP-MIS menyedari bahawa pembelajaran sains akan diminati, menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan apabila murid dapat memahami fenomena alam di sekeliling mereka melalui pengalaman, pemerhatian dan pengamatan mereka sendiri.
Bagi membantu mereka berbuat demikian, dalam Kem ini murid terlebih dahulu didedahkan dengan pendekatan saintifik dan dibimbing secara sistematik untuk memahami proses sains. Murid dilibatkan secara langsung dalam aktiviti-aktiviti membuat persampelan, pemerhatian dan kesimpulan.

Kem yang biasanya dikelolakan bersama JKP Masjid dan dikendalikan oleh fasilitator yang dibantu oleh guru-guru pengiring memberi penekanan kepada aktiviti pembelajaran seperti mencari maklumat, membuat pemerhatian dan melakukan uji kaji menggunakan pendekatan jejak sains.

Leave a comment

Your email address will not be published.