7 Aktiviti Pelajar Berpotensi


Dua (2) Program dan tujuh (7) Aktiviti yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelajar sekolah menengah yang berpotensi tetapi tidak berkesempatan untuk membangunkan potensi tersebut kerana peluang yang amat terhad di sekolah masing-masing bertujuan meningkatkan rasa tanggungjawab dan semangat kepedulian sosial terhadap diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat melalui pemupukan kesedaran dan kefahaman tentang perubahan persekitaran sosiobudaya masyarakatnya. BPP-MIS ingin melihat semua pelajar Islam berkeupayaan memeta secara bijak halatuju pendidikan dan kerjaya merka dan berkemampuan membimbing rakan sebaya.

Program pertama yang memberi tumpuan kepada usaha mengenali dan menemui diri serta meningkatkan kemahiran sosial, dan program kedua yang bertujuan meningkatkan kesedaran mereka tentang isu sosial semasa serta mengenai tuntutan kepimpinan di sekolah masing-masing, dijangka mampu menyedarkan para pelajar ini tentang makna diri sebagai insan dan menginsafi tanggungjawab dalam menentukan halatuju diri dan peranan membantu rakan sebaya demi kesejahteraan sosial bersama.

Senarai Aktiviti

  1. Bengkel Jati Diri
  2. PEWARIS
  3. Kolokium Rakan Sebaya dan Kepimpinan Pelajar
  4. Kursus Kemahiran Cara Belajar
  5. Kursus Asas Kajian
  6. Kursus Kemahiran Berfikir
  7. Kursus Kemahiran Komunikasi

Aktiviti 27: PEWARIS

PENGENALAN
Pelajar adalah pewaris dan bakal pencorak masa depan negeri Sarawak. Untuk dapat memainkan peranan tersebut secara berkesan, mereka perlu berjiwa besar, berakhlak mulia dan berketerampilan tinggi. Mereka wajar diberi kesedaran dan bimbingan supaya menjadi insan yang prihatin dan bertanggungjawab.
Aktiviti ini membantu peserta membuka minda, membina keyakinan diri, berfikir secara kreatif, memimpin dengan baik dan menguasai beberapa kemahiran asas sosial.

OBJEKTIF
1. Meningkat keyakinan diri, kemahiran berfikir dan meningkat kesedaran tentang pentingnya menjaga kehormatan dan harga diri.
2. Memupuk sikap dan nilai positif dalam diri agar berwawasan serta bersemangat sukarelawan.
3. Mengeratkan ukhuwah Islamiah.

KRITERIA KUMPULAN SASAR
Pelajar Tingkatan 4

PENGISIAN

  • Pelaziman minda
  • Pembentukan matlamat pelajar
  • Teknik pembelajaran berkesan
  • Pengurusan masa
  • Penjagaan keselamatan dan penghormatan diri
  • Pembentukan rasa yakin diri
  • Pengisian dan pembentukan rohani

CARA PELAKSANAAN
Kem ini dikelolakan dengan kerjasama rakan kongsi dan pengisiannya disampaikan dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, diskusi kumpulan, kerja lapangan dan pembentangan hasil.

Aktiviti 28: Kolokium Rakan Sebaya dan Kepimpinan Pelajar

PENGENALAN
Pembangunan dan perubahan akan sentiasa membawa cabaran dan jangkaan baru. Pelajar sebagai pewaris ummah perlu mengetahui dan memahami kesan dan implikasi daripada perubahan tersebut serta membuat persediaan yang sewajarnya bagi menghadapi pelbagai kemungkinan yang bakal ditempuhi.

Aktiviti ini memberi peluang dan ruang kepada peserta mengikuti perkembangan terkini dan mengupas isu-isu semasa yang relevan. Ia juga menyediakan peluang dan ruang kepada pelajar yang bakal menamatkan persekolahan mengikuti perkembangan terkini mengenai pembangunan ekonomi negeri Sarawak dan jenis tenaga kerja yang diperlukan. Selain itu, peserta juga dibekalkan dengan maklumat mengenai peluang latihan kemahiran yang ditawarkan pelbagai institusi atau agensi berkaitan. Dalam aktiviti ini, peserta juga berpeluang mengupas isu-isu yang mereka anggap kritikal dan menjadi penghalang utama kepada mereka untuk meningkatkan kapasiti diri.

OBJEKTIF
1. Meningkat kesedaran tentang perubahan dan tuntutan semasa.
2. Meningkat kefahaman tentang pentingnya pembangunan diri sebagai persediaan menghadapi cabaran mendatang.
3. Memperkukuhkan jati diri dan semangat persaudaraan.

KUMPULAN SASAR
Pelajar Tingkatan 4 dan 5

PENGISIAN
• Pengertian konsep ukhuwah, akhlak, ilmu, jati diri dan kepimpinan dalam Islam
• Pemerkasaan jati diri dan ukhwah melalui bengkel dalam kumpulan
• Pendedahan tentang maklumat peluang pekerjaan, latihan dan pendidikan
• Perancangan aktiviti masa depan
• Program Pembangunan Negeri

CARA PELAKSANAAN
Kolokium ini dikelolakan dengan kerjasama JK Pengurusan Masjid dan Rakan Kongsi dan dikendalikan oleh sekumpulan fasilitator dalam bentuk ceramah, bengkel, latihan dalam kumpulan, diskusi kumpulan dan pembentangan hasil.

Aktiviti 29: Kursus Kemahiran Cara Belajar

Kemahiran cara belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kajian lepas menjelaskan bahawa untuk pelajar lebih berjaya, individu pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Justeru, kem ini dikelolakan untuk mendedahkan kepada pelajar aspek-aspek kemahiran belajar yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan diri mereka.

Dengan menghadiri Kursus ini diharapkan agar peserta dapat:

  1. Berkebolehan mengenalpasti pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka sendiri serta berkebolehan membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang dari segi pengurusan masa;
  2. Mengetahui adab dan cara serta pelbagai kemahiran belajar yang perlu diamalkan untuk meningkatkan kecemerlangan diri; dan
  3. Meningkatkan motivasi untuk belajar.

Kem yang dikendalikan selama dua hari penuh ini diisi dengan ceramah dan latihan amali serta bengkel yang berkaitan dengan:

  • Motivasi untuk belajar
  • Gaya pembelajaran
  • Kemahiran mendengar dengan berkesan
  • Kemahiran membuat rujukan
  • Kemahiran menulis laju
  • Kemahiran mencatat nota
  • Kemahiran mengingat
  • Kemahiran mengurus masa
  • Kemahiran membaca

Leave a comment