5 Aktiviti Pemimpin Belia


  1. Kursus Pemantapan Jati Diri Belia
  2. Bengkel Prihatin Ummah
  3. Kursus Asas Kepimpinan dan Pengurusan
  4. Bengkel Pengurusan Program
  5. Kursus Asas Kefasilitatoran


Aktiviti 53: Kursus Pemantapan Jati Diri

Pemimpin belia mempunyai peranan yang amat penting dalam usaha membimbing dan membantu rakan sebaya menjadi insan cemerlang. Pemimpin belia harus mempunyai kesedaran dan semangat kerja sepasukan serta jati diri yang tinggi untuk memimpin dengan baik dan berkesan. Dengan kesedaran dan semangat serta keyakinan yang tinggi mereka akan lebih bersedia untuk memainkan peranan sebagai pemimpin dan berupaya mengambil inisiatif serta membimbing rakan sebaya untuk bergerak maju ke hadapan.

Kursus Pemantapan Jati Diri ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memantapkan jati diri para pemimpin belia Islam melalui usaha-usaha berikut:

a. Peningkatan kesedaran tentang tanggungjawab dan peranan sebagai seorang insan Muslim;
b. Pengukuhan semangat kerja sepasukan; dan
c. Peningkatan kefahaman dan keprihatinan terhadap isu-isu semasa dan permasalahan yang dihadapi ummah.

Melalui kursus ini, para pemimpin belia dibimbing untuk memiliki keyakinan menjadi pemimpin kepada rakan sebaya, dan bersedia untuk bekerjasama dengan JK Pengurusan Masjid, NGO, pemimpin-pemimpin atau individu Islam lain bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai Rakan Kongsi BPP-MIS.
Antara isi kandungan kursus ini adalah:

• Isu dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam Sarawak;
• Kenali dan muhasabah diri sebagai seorang Muslim;
• Tanggungjawab dan tuntutan kepimpinan sebagai pemimpin belia Islam;
• Semangat kerja sepasukan; dan
• Persediaan dan kesediaan rohani, emosi, sosial, dan mental sebagai pemimpin belia;

Antara perkara yang diberi penekanan dalam Bengkel ini adalah:

  • Peranan dan tanggungjawab kepimpinan dalam menangani agenda sosial;
  • Sunnah Rasullullah SAW sebagai rujukan kepimpinan berkualiti; dan
  • Cadangan penyelesaian masalah sosial semasa.

Salah satu daripada dalam bengkel ini ialah kerja lapangan ‘Kembara Kasih’. Melalui aktiviti ini pemimpin belia dibawa melawat beberapa institusi kebajikan atau rumah penghuni kampung yang tergolong dalam kumpulan miskin tegar. Lawatan sebegini akan mendorong dan merangsang pemimpin belia untuk lebih memahami permasalahan ummah.


Aktiviti 54: Bengkel Prihatin Ummah

Di samping mempunyai kesedaran dan semangat setiakawan serta kerja sepasukan yang mantap, BPP-MIS berpendirian bahawa pemimpin-pemimpin belia juga perlu memiliki rasa kebertanggungjawaban dan semangat kepedulian sosial yang tinggi. Dengan adanya kesedaran ini mereka akan dapat memainkan peranan sebagai pembimbing rakan sebaya dengan lebih berkesan. Untuk tujuan tersebut Bengkel Prihatin Ummah disediakan sebagai lanjutan kepada Kursus Pemantapan Jati Diri. Melalui Bengkel Prihatin Ummah para pemimpin belia dibimbing dan diberi peluang untuk meningkatkan lagi kesedaran dan keprihatinan sosial serta semangat ingin mengambil peduli tentang masalah yang dihadapi ummah setempat.

Bengkel ini bertujuan:

a. Meningkatkan kefahaman mengenai isu dan masalah yang dihadapi ummah masa kini;
b. Meningkatkan rasa kebertanggungjawaban serta semangat kepedulian sosial tentang masalah-masalah tersebut; dan
c. Meningkatkan kesediaan dan keupayaan mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki prestasi kepimpinan masing-masing dalam menangani masalah tersebut.

Antara perkara yang diberi penekanan dalam Bengkel ini adalah:

• Peranan dan tanggungjawab kepimpinan dalam menangani agenda sosial;
• Sunnah Rasullullah SAW sebagai rujukan kepimpinan berkualiti; dan
• Cadangan penyelesaian masalah sosial semasa.

Salah satu daripada dalam bengkel ini ialah kerja lapangan ‘Kembara Kasih’. Melalui aktiviti ini pemimpin belia dibawa melawat beberapa institusi kebajikan atau rumah penghuni kampung yang tergolong dalam kumpulan miskin tegar. Lawatan sebegini akan mendorong dan merangsang pemimpin belia untuk lebih memahami permasalahan ummah.


Aktiviti 55: Kursus Asas Kepimpinan dan Pengurusan

Masyarakat memerlukan kepimpinan dan pengurusan yang cekap di semua peringkat bagi menjamin kelangsungan dan kesejahteraan ummah. Pemimpin belia sebagai pemimpin pelapis, selain daripada memiliki kesedaran dan keyakinan serta jati diri yang tinggi, perlu juga mempunyai ilmu pengetahuan serta kemahiran tentang kepimpinan dan pengurusan. Kursus Asas Kepimpinan dan Pengurusan yang disediakan untuk para pemimpin belia yang pernah mengikuti Kursus Pemantapan Jati Diri menyediakan peluang kepada mereka untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang tersebut supaya lebih berkeyakinan dan berkeupayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai pembimbing rakan sebaya.

Kursus ini bertujuan:

a. Meningkatkan kefahaman mengenai konsep kepimpinan dan pengurusan;
b. Meningkatkan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin;
c. Meningkatkan kemahiran membimbing, berkomunikasi dan mengurus masa dengan berkesan; dan
d. Meningkatkan keyakinan diri sebagai pemimpin rakan sebaya.

Bagi memenuhi tujuan tersebut, kursus ini diisi dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah, bengkel dan latihan amali bagi berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman mengenai perkara-perkara berikut:

• Konsep kepimpinan dan pengurusan;
• Pemimpin pelajar sebagai pembimbing rakan sebaya;
• Kemahiran membimbing rakan sebaya;
• Kemahiran berkomunikasi; dan
• Pengurusan masa berkesan.


Aktiviti 56: Bengkel Pengurusan Program

BPP-MIS berpandangan bahawa para pemimpin belia yang kelak berperanan juga sebagai pembimbing kepada rakan sebaya dalam membantu JK Pengurusan Masjid melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan, keilmuan dan kemasyarakatan, wajar menguasai beberapa kemahiran utama dalam pengurusan program. Kemahiran mengenalpasti keperluan, merancang dan merangka program, melaksana, menilai keberkesanan dan melapor adalah penting difahami dan dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini difikirkan mampu memberi pemimpin belia keyakinan dan kesediaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Rakan Kongsi BPP-MIS dalam mengimarahkan masjid.

Bengkel ini bertujuan menyediakan wadah kepada para Rakan Kongsi BPP-MIS yang memperlihatkan kecenderungan serta mempunyai minat untuk terlibat sebagai fasilitator atau pembimbing rakan sebaya. Antara lain tumpuan utama

Bengkel ini berobjektif untuk:

a. Memberi kefahaman mendalam tentang konsep pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan;
b. Memberi kemahiran menyediakan kertas kerja dan menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti;
c. Meningkatkan kemahiran asas merancang, mengurus, mengelola, menyelia, dan menilai aktiviti; dan
d. Menyediakan laporan pelaksanaan program atau aktiviti.


Aktiviti 57: Kursus Asas Kefasilitatoran

BPP-MIS menyedari bahawa rakan sebaya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembentukan nilai, sikap dan amalan golongan belia. Sebagai rakan yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin golongan tersebut pemimpin belia yang berpotensi harus diperkasakan dengan kemahiran dan kecekapan asas kefasilitatoran supaya mereka dapat memainkan peranan sebagai pembimbing rakan sebaya dengan lebih berkesan.

Kursus ini menyediakan peluang kepada pemimpin belia yang berpotensi untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam bidang kefasilitatoran. Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu diharapkan mereka akan lebih berkeyakinan dan berkeupayaan membimbing dan mengendalikan aktiviti-aktiviti pembangunan rakan belia. Kursus yang diisikan dengan aktiviti seperti ceramah, aktiviti main peranan, latihan dalam kumpulan dan latihan amali bertujuan:

a. Meningkatkan kefahaman tentang konsep kefasilitatoran serta peranan dan tanggungjawab fasilitator;
b. Meningkatkan kemahiran asas kefasilitatoran dan pengendalian aktiviti latihan dalam kumpulan; dan
c. Meningkatkan kesediaan dan keyakinan diri untuk memainkan peranan sebagai fasilitator.

Antara perkara yang dikongsikan dalam Kursus ini adalah:

• Peranan dan tanggungjawab Fasilitator
• Kemahiran Asas Kefasilitatoran
• Prinsip Asas PERASA (CUT APPLE A)
• Pembinaan Semangat Persaudaraan dan Kerja Sepasukan
• Kesedaran dan Pengurusan Emosi Kendiri
• Perhubungan Interpersonal dan Harga Diri
• Komunikasi Berkesan

Leave a comment