Adi Badiozaman Tuah (Datu Dr. Hj.)


Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah 2

Adi dilahirkan pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Sarawak, di mana dia memulakan pendidikan rendahnya. Adi kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Bintulu dan Miri, memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu dan Diploma Pendidikan pada tahun 1973, dan Sarjana Pendidikan dalam bidang Perkembangan Kurikulum pada tahun 1979 dari Universiti Malaya, dan ijazah Kedoktoran Pendidikan dari Universiti Bristol, U.K. pada tahun 1996 dalam bidang Pengurusan Pendidikan. Sebelum bersara daripada Perkhidmatan Pendidikan Malaysia pada 15 Ogos 2007 dan kini menjadi pengasas dan Pengarah BPP-MIS, Adi pernah bertugas sebagai:

  • Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • Pengarah Pendidikan Sarawak.
  • Pengetua Maktab Perguruan Batu Lintang.
  • Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Murid) di Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
  • Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak.
  • Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyeliaan Sekolah, JPN Sarawak.
  • Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum, JPN Sarawak.

Adi juga pernah menjadi Pegawai Pendidikan Bahagian di Sri Aman dan di Bahagian Miri; menjadi guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu; pensyarah di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching; tutor di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya; Pengetua di SMK Green Road Kuching, dan Pengetua Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang, Miri. Adi banyak menulis makalah ilmiah tentang pendidikan dan diterbitkan dalam beberapa jurnal akademik. Selain itu, Adi telah banyak menghasilkan kertas kerja untuk simposium, seminar dan konvensyen mengenai pendidikan, kesusasteraan dan kebudayaan. Buku ilmiah beliau School Supervision: A Sarawak Experience telah diterbitkan pada tahun 2004. Selain terlibat dalam alam pendidikan, Adi bergiat cergas dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, kebahasaan, kesusasteraan dan teater. Adi pernah memenangi Piala Pungguk kerana menjadi Johan Pertandingan Menulis Sajak Remaja (1974) bagi sajak Gratitude. Kerana sajak Penagih Sepi menjadi anak Sarawak yang pertama menerima Hadiah Sastera Kebangsaan pada tahun 1975 untuk bidang puisi. Dalam gerakan kebahasaan dan kesusasteraan Adi juga pernah menjadi:

  • Ahli Jawatankuasa Parsatuan Bahasa dan Sastera Sarawak (PEBAS)
  • Ketua Satu, Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA),
  • Pengasas dan Ketua Satu, Gabungan Perastuan Penulis Sarawak (GPPS),
  • Ahli Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)
  • Ketua Satu, Rumpun Seni Drama Sarawak (RUSDA)
  • dan kini sabagai Pengarusi, Medan Teater Sarawak (MANTERA).

Dalam bidang kasusasteraan sehingga kini Adi talah menghasilkan 3 kumpulan puisi perseorangan — Lagu Malam, Puisi Buat Mama dan Panziarah Waktu. Selain itu karya-karya Adi juga dimuatkan dalam baberapa kumpulan puisi bersama dengan beberapa penulis nasional yang lain. Beberapa buah sajak Adi juga dimasukkan ke dalam buku teks untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan Komponen Sastera. Sehingga kini, kerana hasil karya kreatif dan penglibatan dalam dunia kebahasaan dan kesusasteraan Adi telah menerima anugerah berikut:

  • Hadiah Sastera Kabangsaan (Puisi) 1975 & 2003
  • Hadiah Sastara Sarawak (Puisi) 1995,
  • Hadiah Aktivis Sastera Sarawak 1997, dan
  • Hadiah Sastera Sarawak (Drama) 1998.

Kerana sumbangan itu juga Adi telah dikurniakan pingat-pingat berikut:

  • ABS (1985)
  • AMN (1997)
  • PBS (2002)
  • JBS (2003)
  • Pingat Peringatan Delima (Perak)(2003)
  • DJBS (2004)

Pada tahun 2014, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Sarawak atas sumbangan dan jasa beliau. Berikut adalah video yang disusun oleh KPM untuk penganugerahan tersebut (disunting dan dikemaskini daripada sumber asal)