Pusat Kegiatan


Merujuk kepada Cabutan Minit Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Bil. 4/2008/XX/7 bertarikh 10 Disember 2008, mesyuarat telah bersetuju kepada “Cadangan bagi bangunan Pusat Sumber Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Kelas Eksperimental Tabika BPPMIS” menggunakan bekas Pusat Sumber Sementara di SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching yang pernah menjadi asrama sementara SMK Tun Ahmad Zaidi dan telah lama terbiar untuk dijadikan Pusat Kegiatan BPP-MIS. Mesyuarat juga telah meluluskan cadangan pengubahsuaian, naik taraf dan penambahan beberapa kemudahan fizikal, termasuk kerja-kerja mewujudkan persekitaran bangunan yang sesuai dengan fungsinya sebagai pusat pendidikan kanak-kanak.

Setelah mendapat kelulusan tersebut, BPP-MIS telah memulakan usaha baik pulih dan naik taraf bangunan PIBG SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan sebelum penghujung tahun 2008, selain penambahbaikan berterusan yang dilakukan secara berperingkat mengikut keperluan serta keterdapatan peruntukan. Setelah beroperasi dan digunakan sepenuhnya, YB Daud Abdul Rahman telah dijemput untuk merasmikan Pusat ini pada 21 Mei 2010, disaksikan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Putit Matzen dan wakil daripada pengurusan SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Kini, Pusat Kegiatan BPP-MIS menempatkan:

  1. Taska Eksperimental BPP-MIS;
  2. Pusat Sumber Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAK);
  3. Bilik Kegiatan (KPPRS / PPWE PJ);
  4. Bilik Aktiviti (untuk seminar / kursus pendek); dan
  5. Bilik Muzik.

Sejak pembangunan Pusat Kegiatan ini, beberapa bilik seperti Makmal Pemulihan 3M (Kini Bilik Aktiviti 2) dan Makmal Komputer (Kini Bilik Kegiatan) telah dimansuhkan bagi memberi ruang kepada keperluan aktiviti lain. Pada tahun 2018, Pusat Sumber PAK sedia ada telah dipindahkan dan dijadikan bilik kelas tambahan kepada Taska Eksperimental BPP-MIS.

Kenali Kami || Visi dan Misi || Fungsi Agensi || Carta Agensi || Carta Organisasi || Jawatankuasa Penasihat || Senarai Staf || Penyelaras Aktiviti

Leave a comment

Your email address will not be published.