Taska BPP-MIS 4 comments


Borang Permohonan Kemasukan Taska BPP-MIS 

Muat Turun Di Sini

(Permohonan kemasukan untuk tahun 2017 telah ditutup manakala permohonan kemasukan kanak-kanak bagi tahun 2018 kini dibuka dan boleh dihantar ke pejabat atau terus ke taska)

Pengenalan Taska

Taska BPP-MIS telah ditubuhkan pada tahun 2010 di Pusat Kegiatan BPP-MIS (Bangunan PIBG Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir Hassan), Jalan Sultan Tengah, Kuching dengan tujuan menyediakan khidmat pengasuhan untuk kanak-kanak di kawasan Petra Jaya terutama dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampuan. Di samping itu, BPP-MIS berharap kaedah pengurusan, pendekatan pengajaran, alat bantu mengajar atau bahan asuhan baharu diuji keberkesanannya di sini agar dapat dicontohi oleh taska masjid di seluruh negeri Sarawak.

Taska ini dilengkapi dengan kemudahan asas untuk pengasuhan kanak-kanak yang baik selari dengan standad program PERMATA Negara. Kesemua pengasuh di taska ini telah menjalani latihan dan mempunyai sijil yang diwajibkan ke atas mereka. Selain itu, mereka juga dihantar untuk menghadiri konvensyen atau seminar tentang pendidikan awal kanak-kanak sekurang-kurang sekali dalam setahun. Pembantu Taska sebagai pengendali makanan juga telah mendapat suntikan Typhoid yang diwajibkan oleh Jabatan Kesihatan.

Taska BPP-MIS

Alamat Taska

Pusat Kegiatan BPP-MIS, d/a SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Jalan Sultan Tengah, 93050 Petra Jaya, Kuching

Nombor TELEFON TASKA

(082) 449 682

Permohonan Kemasukan dan Enrolmen Kanak-Kanak

 

Tahun

Permohonan

Enrolmen

2017

44

36

2016

42

36

2015

31

27

2014

23

21

2013

44

21

2012

23

20

2011

23

17

2010

38

15

Gambar Sekitar Taska

Taska ini beroperasi dari sebelah pagi hingga ke petang dan diusahakan bersama Jawatankuasa Pengurusan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan caj minima untuk seorang anak. Kanak-kanak yang berdaftar di taska ini dilindungi dengan skim perlindungan Takaful dan dibimbing oleh para guru yang bertauliah, selaras dengan kurikulum PERMATA Negara.

 Penaung

Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah

  • merangkap Pengarah BPP-MIS
  • penasihat kepada Majlis Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPAKS)

Penyelia

Encik Narawi bin Haji Udin

Ketua Pengasuh

Saudari Effa Hasfa Rina binti Sahari

  • merupakan jurulatih bertauliah Persatuan 3PAKS
  • memiliki Diploma Perguruan Malaysia – KDC pengkhususan Pengajian Prasekolah
    serta Sijil Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Refresher PERMATA
  • berkhidmat sejak penubuhan taska.
  • mendapat suntikan typhoid pada tahun 2015.
  • bertanggungjawab menyediakan rancangan pengajaran di taska dan laporan tahunan.

Guru Pengasuh

Puan Maimunah binti Razali

  • memiliki Diploma Perguruan Malaysia – KDC pengkhususan Pengajian Prasekolah
    serta Sijil Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Refresher PERMATA
  • berkhidmat sejak penubuhan taska.
  • mendapat suntikan typhoid pada tahun 2015.
  • membantu ketua pengasuh.

Puan Salmi binti Mahli

  • memiliki Sijil Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Refresher PERMATA
  • berkhidmat sejak tahun 2016.
  • dilantik oleh PIBG Taska BPP-MIS bagi menampung pertambahan bilangan kanak-kanak.
  • mendapat suntikan typhoid pada tahun 2015.
  • membantu kerja-kerja pengasuhan di taska.

Pembantu Taska

Puan Fatimah binti Razali

  • tukang masak dan pembantu pengasuh
  • memiliki Diploma Perguruan Malaysia – KDC pengkhususan Pengajian Prasekolah
    serta Sijil Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Refresher PERMATA
  • berkhidmat sejak penubuhan taska.
  • mendapat suntikan typhoid pada tahun 2015..

Mantan Pengasuh / Pekerja Am

Puan Nur Faziella Sharif

  • memiliki Sijil Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Refresher PERMATA
  • berkhidmat pada tahun 2015.
  • mendapat suntikan typhoid pada tahun 2015.
  • mantan pengasuh Taska Masjid An Nur, Kpg. Stunggang Melayu, Lundu.
  • kini berkhidmat dengan Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Gita-Matang di Taska Masjid At-Taqwa, Kpg. Gita, Kuching


Leave a comment

Your email address will not be published.

4 thoughts on “Taska BPP-MIS

  • Della rossa

    Ini cik effa yang sama former penyelia/teacher from taska penyayang ceria situated at sungai maong under jkm n ppbs? How to apply? Is it open for anyone non Muslim mcm kami? Hope to hear from u soon. 0165401087

  • olivia

    Salam 1Malaysia… nak tanya, masih ada lagi x vacancy utk memana jawatan yang kosong kat taska BPP-MIS nie?

  • Shahriman Shukarmin Post author

    Salam Olivia dan terima kasih atas minat anda untuk berkhidmat di taska kami ini. Sebagai makluman, pengambilan pengasuh tambahan taska ini diurus oleh Persatuan Ibu Bapa dan Pengasuh (PIBP) Taska. Namun demikian, anda boleh menghantar terus resume jika masih berminat agar dapat dipertimbangkan apabila ada keperluan pada masa akan datang.