PPWE Petra Jaya


Pengenalan

Dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) dan BPP-MIS sendiri, Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) Petra Jaya telah ditubuhkan sebagai pusat warga emas yang ke-13 di negeri Sarawak dengan keanggotaan seramai 118 orang ahli bertempat di Pusat Kegiatan BPP-MIS. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak pada 6 Disember 2015 disaksikan oleh Pengarah JKMNS dan Pengarah BPP-MIS. Majlis tersebut telah menyaksikan MoU PPWE dengan enam (6) buah syarikat yang akan memberi diskaun harga kepada ahli PPWE Petra Jaya untuk barangan pakaian, ubatan dan buku. Setiap ahli PPWE Petra Jaya akan diberikan satu kad keahlian untuk tujuan pengesahan semasa pembelian.

  • Nizamir Textiles
  • Syarikat Jasmin Jawahar
  • Benzamin Book Centre
  • The World Sport Equipment
  • Region Pharmacy
  • SES Pesona

Sebagai permulaan, peralatan kesihatan seperti kerusi urut dan seumpamanya telah dibekalkan untuk kegunaan pengunjung. Selain itu, kelas-kelas pengajian Islam telah diadakan secara mingguan di Pusat ini. Aktiviti lain seperti sambutan hari guru, lawatan atau senamrobik juga diadakan secara tahunan.

 

Jawatankuasa PPWE Petra Jaya

Sesi 2015-2016

Pengerusi: Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah

Setiausaha: Encik Narawi bin Haji Udin

Bendahari: Encik Abang Abdul Wahed bin Abang Muzi

 

Leave a comment

Your email address will not be published.