Fungsi Agensi


Kenali Kami || Fungsi Agensi || Carta Agensi || Carta Organisasi || Jawatankuasa Penasihat || Senarai Staf || Penyelaras Aktiviti || Pusat Kegiatan

 

Tanggungjawab Umum

BPP-MIS berperanan sebagai satu badan penasihat pendidikan bagi masyarakat Islam di Sarawak,
dan bertindak sebagai sebuah badan perancang dan pelaksana pelbagai inisiatif pendidikan
untuk tujuan membangun dan membina keupayaan ummah.

Fungsi Pertama

Sebagai WADAH RASMI bagi para intelek Islam, pemikir, pengamal dan penggubal dasar untuk membincang dan mengupas pelbagai isu mengenai dan yang menyentuh masyarakat Islam, dan seterusnya mencadang penyelesaian melalui inisiatif ataupun inovasi pendidikan.


 

Fungsi Kedua

Sebagai JARINGAN profesional dan pangkalan data pendidikan yang boleh membantu dalam pelbagai urusan membuat keputusan dan menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada semua sektor ummah yang berminat dan komited terhadap usaha pembangunan profesional dan kecemerlangan pendidikan.

 

professional network job today
 

Fungsi Ketiga

Sebagai ORGANISASI berorientasikan program yang mempunyai tujuan dan fungsi untuk membantu merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai pelbagai bentuk perkhidmatan dan aktiviti sokongan pendidikan kepada masyarakat Islam di Sarawak.

 

Tanggunjawab kepada Majlis Islam Sarawak

Peranan 1 :

Menyediakan perkhidmatan profesional dalam bidang pendidikan untuk tujuan memperkaya, meningkat dan memudahkan usaha membina dan membangun daya upaya ummah, sama ada individu, kumpulan atau organisasi Islam;

Peranan 2 :

Menyelaras usaha-usaha pendidikan yang dijalankan oleh kumpulan atau agensi yang berkaitan dan bekerjasama dengan mereka untuk menyedia dan mempertingkatkan usaha bina upaya semua peringkat ummah melalui pelbagai inisiatif pendidikan;

Peranan 3 :

Merancang, melaksana, memantau, menyelia dan menilai program-program pendidikan yang dibangunkan khas untuk memenuhi kehendak dan keperluan kumpulan-kumpulan tertentu yang telah dikenalpasti;

Peranan 4 :

Menjalankan penyelidikan dan aktiviti pembangunan dalam pelbagai aspek pendidikan dan kesejahteraan sosio-budaya, ekonomi dan politik ummah;

Peranan 5 :

Mewujud dan mengurus jaringan profesional dan data serta maklumat yang berkaitan dengan pendidikan untuk tujuan membuat keputusan dan pelbagai tujuan pembangunan profesional;

Peranan 6 :

Memperaku strategi pelaksanaan pelbagai inisiatif pendidikan bagi tujuan mempertingkat, memperkaya dan menaiktaraf keupayaan dan kecekapan profesional, sosial, ekonomi, politik dan pendidikan ummah.

 

Kenali Kami || Fungsi Agensi || Carta Agensi || Carta Organisasi || Jawatankuasa Penasihat || Senarai Staf || Penyelaras Aktiviti || Pusat Kegiatan