Panduan Taska Masjid


PENGENALAN

Bahagian laman ini diwujudkan sebagai rujukan para pengasuh dan pengurus taska masjid bagi kanak-kanak mendapat kebajikan dan rangsangan perkembangan yang terbaik serta memastikan taman asuhan beroperasi selaras dengan peraturan dan undang-undang yang ada. Selain itu, ruang ini juga diharap dapat menjadi sumber rujukan para pengasuh dalam membangun Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang berlandaskan kurikulum PERMATA dan hasrat Majlis Islam Sarawak melalui BPP-MIS untuk membina generasi ulul albab melalui program taska masjid ini.

KONSEP TASKA MASJID

Taska Masjid adalah taman asuhan kanak-kanak yang beroperasi di masjid atau premis lain yang diurus oleh pihak JK Pengurusan Masjid / Surau / Lembaga sama ada dengan bantuan BPP-MIS atau mampu beroperasi sendiri. Menurut definisi Taska yang diterima umum pula, taska adalah mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun untuk dijaga dan diasuh dengan menerima upah. Taska 

PENDAFTARAN TASKA MASJID

Selari dengan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Jawatankuasa (JK) Pengurusan Masjid wajib mendaftar dan mendapat surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) setelah mula beroperasi. Taska yang menggunakan premis yang berbeza pula perlu juga merujuk dan memohon kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Tanah dan Survei Bahagian (JTSB) bagi pengubahsuaian fungsi premis atau renovasi bangunan yang dilakukan.

Prosedur Pendaftaran Taska di SINI

Had Enrolmen Kanak-Kanak

Pada masa ini, BPP-MIS hanya menggalakkan taska masjid untuk menerima kanak-kanak yang berusia 3 hingga 4 tahun sahaja dengan nisbah 1:10 antara pengasuh dan kanak-kanak. Namun demikian, keluasan tempat harus juga diambil perhatian di mana seorang kanak-kanak dialokasikan sekurang-kurang 3.5 meter persegi daripada jumlah keluasan ruang aktiviti taska (tidak termasuk dapur dan bilik air). Selari dengan ketetapan JKMNS, tiada had pengambilan kanak-kanak bagi taska di masjid (seperti taska di tempat kerja) selagi mana nisbah pengasuh dan keluasan taska per kanak-kanak dipenuhi. Taska masjid yang menggunakan ruang atau bilik masjid sedia ada tidak perlu merujuk PBT atau JTSB andaikata masjid masih digunakan sebagai tempat ibadah melainkan ada renovasi pada struktur utama bangunan. Oleh demikian, taska masjid yang menggunakan rumah sewa atau bangunan lain perlulah merujuk kepada agensi-agensi tersebut untuk penukaran statu kegunaan tanah dan bangunan daripada perumahan kepada premis taska.

KURIKULUM TASKA MASJID

Dari aspek kurikulum yang digunakan pula, pengasuh digalak untuk membina dan menggunakan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) masing-masing yang berlandaskan kurikulum PERMATA negara selari dengan tema yang ditetapkan dalam jadual perancangan tahunan sebagai asas pengasuhan di taska masjid masing-masing. Tema dan kesukaran aktiviti semestinya sejajar dengan tahap perkembangan semasa kanak-kanak.

Tema Bulanan di SINI

Persekitaran Taska Masjid

Persekitaran dalam taska juga bersih, selamat, mempunyai pencahayaan yang cukup, pengudaraan yang tidak tersekat bagi membina suasana kondusif untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran di taska. Sudut-sudut aktiviti kanak-kanak mesti diwujudkan dan mudah dicapai oleh kanak-kanak. Persekitaran luar taska pula haruslah ceria dan dipenuhi flora yang boleh dijadikan sebahagian pembelajaran di taska namun bebas daripada tumbuhan, binatang atau serangga yang berbahaya atau memudaratkan. Kawasan sedia ada taska boleh dibahagi seperti berikut:

  • Aktiviti motor kasar 40%
  • Aktiviti sensori motor dan binaan 30%
  • Aktiviti Main Meniru (Pretend Play) 20%
  • Aktiviti Bahasa dan Permainan 10%

Contoh Susun Atur Taska

 No automatic alt text available.