Data Pendidikan


Sebagai integriti sebuah agensi di bawah Majlis Islam Sarawak, BPP-MIS berusaha untuk menerbitkan buku laporan tahunannya setiap tahun agar dapat dijadikan rujukan bukan sahaja dalaman bagi usaha penambahbaikan tetapi juga untuk pihak luar terutama jawatankuasa pengurusan masjid. Klik pada pautan di bawah untuk memaparkan salinan laporan yang dikehendaki. Rakan Kongsi yang pernah bersama BPP-MIS boleh memohon buku laporan yang telah dicetak di pejabat selagi stok masih ada.

Tahun Bil. Kump. Sasar Aktiviti Utama Bil. Akt. Dirancang Bil. Akt. Dilaksana % Pelaksanaan Jumlah Aktiviti Tambahan
2008  9 50  71
2009  9  90  215
2010  9  61  160
2011  9  69  218
2012  9  73  538
2013  9  60  353
2014 11  71  442
2015 11  73  429 421 96%
2016 11  71  362  362  100% 3
2017  10  71 377
2018  10

Selari dengan Rangka Pelan BPP-MIS, cadangan perancangan program dan aktiviti pada tahun berikutnya dibuat pada pertengahan setiap tahun dan dihantar kepada pihak Majlis Islam Sarawak untuk mendapat kelulusan. Setelah mendapat kelulusan dan maklumat siling peruntukan, perubahan dibuat pada perancangan asal agar tidak melebihi had siling tersebut.

Selaras dengan tujuan penubuhan BPP-MIS, segala perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang dibangunkan dipusatkan di sebuah laman web sebagai kemudahan rujukan bagi usaha penambahbaikan pada masa akan datang. Selain itu, BPP-MIS juga membangun sistem pangkalan data untuk merekodkan maklumat peserta dan fasilitator serta maklumat aktiviti yang dikemaskini di pejabat dari semasa ke semasa. Sumbangan idea dan tenaga  daripada individu atau agensi lain untuk mengemaskini maklumat atau mencadang penambahbaikan bolehlah diemel kepada Pegawai ICT: shah@bppmis.com