Bengkel Jurulatih Utama – Pusat Kegiatan 2017


KUCHING: Bengkel Jurulatih Utama telah diadakan di Pusat Kegiatan BPP-MIS pada 4 hingga 5 Februari 2017.  Bengkel ini bertujuan untuk meneliti dan mencadang penambahbaikan kepada manual modul setiap Aktiviti Utama yang dianjurkan oleh BPP-MIS sepanjang penubuhannya. Seramai 37 orang bakal jurulatih utama atau individu berkepakaran telah dijemput untuk bersama dalam bengkel ini bagi membentangkan modul sedia ada dan meneliti latar belakang, rasional, pengisian dan kaedah pelaksanaannya. Peserta telah dibahagikan kepada lima (5) kumpulan kecil yang berjalan serentak di lima (5) bilik yang berbeza, meneliti bahan bagi kelompok aktiviti yang berlainan.

Aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah BPP-MIS yang telah juga memberi perkongsian tentang pelaksanaan sistem pemukiman umat Islam di Sarawak. Peserta seterusnya berpecah kepada bilik kumpulan yang telah ditentukan oleh urus setia. Pada penghujung dua (2) hari tersebut, beliau telah merumus dan menggulung hasil perbincangan setiap kumpulan. Sebahagian besar peserta yang merupakan jurulatih utama yang telah dilantik oleh BPP-MIS telah menerima sijil tauliah daripada Majlis Islam Sarawak sebelum bersurai. Sijil tersebut telah ditandatangani oleh Yang Dipertua MIS sendiri dan disampaikan oleh Pengarah BPP-MIS.

Leave a comment

Your email address will not be published.