Perginya Seorang Pemimpin di BPP-MIS 1 comment


abg-wahedPada jam 4 petang Hari Jumaat, 5 Ogos 2016M @ 2 Zulkaedah 1437H di Hospital Umum Sarawak, Allahyarham Tuan Haji Abang Abdul Wahed bin Abang Muzi telah kembali ke Rahmatullah,  dan selamat disolatkan di kediaman beliau dan juga Surau Pengiran Haji Jaya, Taman Trinora yang berhampiran sebelum dikebumikan terus setelah solat Isyak pada malam tersebut di Tanah Perkuburan Masjid Bahagian Kuching.

Beliau telah berkhidmat sejak tahun 2010 sehingga akhir hayatnya sebagai Ketua Pentadbir di BPP-MIS. Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai pegawai di JAIS Sarawak dan sebelum bersara dari perkhidmatan awam negeri di Pejabat Daerah Samarahan sebagai SAO.

Semoga mereka yang mengenali dapat mendoakan beliau di samping memaafkan kesilapan dan menghalalkan segala hutang beliau agar Allah SWT dapat merahmati serta mencucuri rahmat kepada rohnya atas segala amalan dan jasa sepanjang hidupnya,


Leave a comment

Your email address will not be published.

One thought on “Perginya Seorang Pemimpin di BPP-MIS