Tahniah! Diploma Perguruan Malaysia Pengajian Prasekolah 2016


Konvensyen Kali Ke-7 Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diadakan pada 12 November 2016 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang telah menyaksikan 19 dari 21 orang pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (Kursus Dalam Cuti) – Pengajian Prasekolah menerima skrol masing-masing pada tahun ini. Mereka telah memulakan pengajian pada tahun 2012 di IPG kampus Batu Lintang (Kuching), IPG Kampus Rajang (Sarikei) dan IPG Sarawak (Miri) dan tamat pada pertengahan tahun 2016.

Leave a comment

Your email address will not be published.