Kem Pembangunan Diri Murid Cerdas – Sri Aman 2016


Tempat: Dewan Mini, Masjid Bandar Sri Aman

Tarikh: 23-24 April 2016

Sekolah Terlibat: SK Abang Ain

Pada 23 – 24 April 2016, JK Pengurusan Masjid Bandar Sri Aman telah mengelolakan Kem Pembangunan Diri Murid Cerdas di Dewan Mini Masjid tersebut. Seramai 38 orang murid yang terdiri daripada 11 lelaki dna 27 perempuan telah menyertai Kem ini. Kem ini telah dikendalikan oleh dua (2) orang penceramah dan fasilitator iaitu Encik Abdul Malek bin Mohd Taher dan Dr Siti Zohara binti Yassin dari Institut Pendidikan Guru kampus Batu Lintang.

Dalam Kem ini, Encik Abdul Malek telah mengendalikan tiga sesi untuk membimbing para peserta. Antaranya ialah sesi ‘Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Berfikir’ dimana para peserta diterangkan bahawa dengan kemahiran tersebut mereka dapat menggunakannya untuk menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti dalam berfikir dan bersikap positif. Sesi kedua pula atas tajuk ‘Kemahiran Membuat Pengkelasan Kemahiran Menjana Idea’. Mereka diajar cara mengkelaskan sesuatu mengikut kategori dan jenis. Mereka juga dijelaskan dengan membuat pengkelasan memudahkan untuk mengingati fakta dan maklumat. Sebagai contoh cara mengkategorikan haiwan, pengkelasan kata dan saiz. Dalam sesi ketiga, para peserta diajar cara membuat keputusan di bawah tajuk ‘Kemahiran membuat Keputusan’. Dalam membuat keputusan, beliau membimbing para peserta langkah-langkah membuat keputusan menggunakan kemahiran berdasarkan akronim JUDGE.Hal ini kerana, untuk mengelakkan membuat keputusan yang salah dan dapat memanfaatkan sumber yang ada dengan mengambilkira semua pilihan yang ada. Dalam sesi ini juag para peserta diberi tugasan menggunakan segala kemahiran bagi membuat keputusan yang terbaik.

Manakala Dr Siti Zohara pula telah mengendalikan dua (2) sesi iaitu ‘Kemahiran Peta pemikiran’ dan ‘Kemahiran Penyelesaian Masalah dan Kemahiran Membuat Kajian’. Dalam sesi kemahiran peta pemikiran, para peserta diajar cara membuat peta minda dalam pelbagai bentuk mengikut jenis. Lapan (8) peta minda yang telah diajarkan kepada mereka adalah circle map, bubble map, double bubble map, tree map, brace map, flow map, multi flow map dan bridge map. Para peserta telah ditugaskan untuk membuat tugasan serta pembentangan menggunakan peta-peta yang telah diajar.

Dalam sesi terakhir iaitu Dr Siti Zohara telah membimbing mereka untuk memilih keputusan yang baik dan pantas. Dalam sesi tersebut, beliau telah memberi situasi kapal karam kepada mereka dan menugaskan kepada mereka untuk memilih enam (6) orang yang harus diselamatkan daripada 10 orang mengikut keutamaan. Melalui tugasan tesebut, beliau menjelaskan bahawa suatu keputusan haruslah difikirkan dengan bijak dan tidak terburu-buru bergantung dengan kebaikkan diri sendiri dan semua orang. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Dr. Siti Zohara binti Yassin.

Leave a comment

Your email address will not be published.