Bengkel Prihatin Ummah – Kuching 2016


JK Pengurusan Masjid Darus Saadah telah mengelolakan Bengkel Prihatin Ummah pada 19-20 Mac 2016. Seramai 35 orang peserta yang tedrdiri daripada 19 perempuan dan 16 lelaki yang merupakan pelajar dari SMK Seri Setia, SMK St. Mary, SMK Vokasional Matang, Uitm, lepasan spm dan Stpm telah mengikuti Bengkel ini. Mereka berasal dari kawasan kampung tabuan ulu, tabuan hilir, tabuan tengah, tabuan Dani dan Tabuan Selepar Putus.

Fasilitator yang membimbing peserta ialah Cikgu Nasir bin Len dari SMK St Joseph dan Cikgu Abdul Hadi bin Hj Ishak dari IPG Rajang. Manakala untuk sesi tazkirah pula telah dipimpin oleh Ustaz Saperi bin Antoni dari IPK, Kuching.

Antara pengisian sepanjang bengkel berlangsung ialah Sesi Taaruf dan pengenalan yang dimulakan oleh Cikgu Abdul Hadi bin Haji Ishak. Peserta kemudian di bahagi kepada 5 kumpulan. Peserta membuat persediaan untuk lawatan “Kembara Kasih” di 5 buah rumah di kampung Tabuan Hilir pada 19 Mac 2016.

Sesi penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh pengerusi Masjid Darus Saadah, Encik Asrol bin Bujang Lapok.

Leave a comment