Bengkel Asas Multimedia – Miri 2016


Pada 2-3 April 2016, seramai 13 orang pelajar Islam Tingkatan 4 & 5  telah berkampung di Kolej Komuniti Miri, Permy Jaya untuk menyertai Bengkel Asas Multimedia anjuran Lembaga Kebajikan Melayu Miri. Bengkel tersebut telah mendedahkan kepada para peserta perisian Microsoft Publisher dan Adobe Photoshop dalam menghasilkan kerja-kerja rekabentuk dan penyuntingan imej seperti poster, banner, brochure, kad ucapan dan lain-lain. Puan Faridah binti Musit telah membimbing para peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Publisher manakala Puan Sherance Sebai anak Lubang memperkenalkan asas perisian Adobe Photoshop.

20160402_090330 20160402_090417 IMG-20160404-WA0003 IMG-20160404-WA0004

Leave a comment