Pengurusan Data Ahli Profesional Islam 2013


sistem pengurusan data

Selari dengan Pelan Tindakan MIS 2011-2020, pangkalan data dan direktori ahli-ahli profesional Islam perlu dibangunkan untuk memudahkan pihak JKP masjid mendapat bantuan tenaga pakar setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan di masjid masing-masing. Dengan perkembangan teknologi ICT, BPP-MIS telah menggunakan penyimpanan data berkomputer sejak penubuhannya. Namun, satu sistem pangkalan data diperlukan bagi memudahkan pengurusan data dan pengemaskinian maklumat agar mudah dicapai apabila diperlukan.

Bagi mencapai hasrat tersebut, usaha awal untuk membina sistem pangkalan data berkomputer dimulakan pada awal tahun 2013, dengan bantuan seorang Pegawai Teknologi Maklumat UNIMAS, Ismawati binti Razali. Pembentangan prototype pertama Sistem Pangkalan Maklumat Aktiviti (SPMA) BPP-MIS telah diadakan pada 17 Oktober 2013. Manakala, pembentangan kedua pada 19 Disember 2013 diadakan setelah memasukkan cadangan penambahbaikan dan tambahan daripada maklumbalas pembentangan pertama. Secara umumnya, sistem ini memudahkan pengambilan maklumat dan rumusan aktiviti yang juga merangkumi direktori tenaga pakar dan pembimbing. Sistem ini dijangka beroperasi pada awal tahun 2014.

Leave a comment