Taklimat Agensi Islam 2019


KUCHING: Bagi mewujudkan sinergi antara agensi Islam di Sarawak, BPP-MIS telah menganjurkan sebuah taklimat perdana melibatkan wakil-wakil daripada semua agensi Islam Sarawak pada Isnin, 4 Mac 2019 di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuching.

Aktiviti setengah hari ini telah dimulakan dengan Taklimat Pendidikan Berasaskan Komuniti yang diusahakan oleh BPP-MIS yang disampaikan sendiri oleh Pengarahnya. Dalam taklimat tersebut, BPP sebagai sebuah agensi di bawah Majlis Islam Sarawak telah diperkenalkan semula dari asas penubuhan kepada usaha terkini dalam membina upaya ummah melalui pelbagai inisitiatif pendidikan. Tujuh (7) soalan dan satu saranan telah diajukan sebelum minum rehat pagi.

Sesi disambung dengan Amanat Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu bin Haji Taha yang mengesyorkan agar semua agensi Islam bersatu dalam usaha merealisasikan “Community Based Education” @ CBE dalam memenuhi kehendak dan keperluan komuniti Islam di seluruh pelusuk negeri Darul Hana ini. Susulan ucapan amanatnya, beliau telah menyampaikan watikah pelantikan kepada enam (6) daripada lapan (8) orang ahli Panel Jaminan Kualiti yang memantau pelaksana CBE yang diusahakan oleh BPP-MIS. Majlis penangguhan diakhiri dengan foto kenangan melibatkan semua hadirin yang telah hadir dalam taklimat ini.

Satu videografi yang diusahakan oleh Rakan Belia BPP-MIS telah dipersembahkan dalam taklimat ini.