PEWARIS – Bekenu 2018



Tarikh

20-21 April 2018

Tempat

Bungai Lodge Bekenu, Miri

Tirai program PEWARIS di Bekenu dibuka dengan sesi perkenalan antara fasilitator dan peserta. Fasilitator adalah dalam kalangan belia setempat yang telah melalui proses bimbingan berterusan, penyertaan program secara berkala dlm program BPP selama tiga (3) tahun. Proses pembentukan dan bimbingan belia yang telah diusahakan telah melahirkan remaja dan belia seperti para fasilitator aktiviti kali ini yang memiliki rasa tanggungjawab untuk membangun masyarakat terutama rakan sebaya mereka. Jurulatih Utama yang turut sama dalam aktiviti ini ialah Ustazah Amirah Suhadat, Ustazah Nurul Izatul Akhmar Razali dan Jasmin Noorhasfitri bin Muhd. Nor.