Majlis Ilmu Pendidikan Awal Kanak-Kanak – Sibu 2016

Tempat: Hotel RH, Sibu

Tarikh: 9 Januari 2016M (Sabtu) bersamaan 23 Rabiulawal 1437H

 

Majlis Ilmu Kepimpinan Masyarakat pada tahun 2016 diadakan sempena sambutan Maulidul Rasul peringkat Negeri Sarawak yang baharu berlalu dengan tema “Pendidikan Awal Kanak-kanak Asas Kemenjadian Insan”. Secara umum, majlis ilmu ini diadakan dengan tujuan meningkatkan kefahaman pemimpin masyarakat akar umbi tentang pentingnya peranan pendidikan awal kanak-kanak dalam usaha pembentukan insan. Selain itu, majlis ilmu ini juga berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang peranan yang boleh dimainkan oleh kepimpinan setempat dalam penyediaan peluang pendidikan awal kanak-kanak.

Sebagai pengisian, sebanyak tiga (3) ceramah dan satu (1) forum telah dipersembahkan bagi mencapai objektif majlis ilmu tersebut.

CERAMAH 1: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF NABAWI
(Ustaz Haji Md. Ahir bin Ahmad – Pejabat Mufti Sarawak)

CERAMAH 2: HUBUNGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DENGAN PRESTASI DI SEKOLAH
(Ustaz Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad – Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak)

CERAMAH 3: SEKOLAH AGAMA MAJLIS ISLAM SARAWAK
(Ustaz Haji Abdul Latif bin Abdul Karim – Jabatan Agama Islam Sarawak)

FORUM: MASJID SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN
Pengerusi: Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah (BPP-MIS)

Ahli-Ahli Panel:

  • Basni bin Dris (Masjid At-Taqwa, Oya)
  • Pemanca Shaari bin Gani (Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok)
  • Wan Tajudin bin Tuanku Mansor (Surau Darul Hijrah, Bandar Baru Samariang)

Penutupan Majlis Ilmu ini telah disempurnakan oleh Dr. Annuar bin Rapa’ee (DUN N49 NANGKA) yang telah menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta.

Leave a Reply