Laporan Kursus Asas Multimedia PKB 2015


Kursus ini telah diadakan pada 28 dan 29 Mac 2015 bertempat di makmal komputer Pusat Kegiatan BPP-MIS (PKB). Dalam 3 kumpulan kursus yang dirancangkan, kursus ini adalah aktiviti yang pertama diadakan dalam tahun 2015. Kursus telah dihadiri oleh 14 orang pelajar perempuan dari tiga buah sekolah iaitu SMK Semerah Padi, SMK Bandar Samariang dan SMK Demak Baru. Namun demikian, atas hal peribadi, seorang peserta tidak dapat hadir pada hari kedua kursus.

Jadual Kursus adalah seperti berikut:

Sabtu, 28 Mac 2015M bersamaan 7 Jamadil Akhir 1436H

MASA PERKARA CATATAN
0800 – 0830 Pendaftaran Makmal Komputer BPP-MIS
0830 – 0900 Pembahagian Kumpulan dan Ice Breaking
0900 – 1000 Pengenalan Asas Multimedia 1  jam
1000 – 1030 Minum Pagi
1030 – 1200 Asas Gambar (Google Picasa) 1 ½ jam
1200 – 1330 Jamuan Makan Tengahari dan Solat Zohor Berjemaah (1246) Tazkirah:
Hakikat Insan
1330 – 1500 Tutorial dan Amali 1 ½ jam
1500 – 1530 Asas Video dan Bunyi (Windows Movie Maker) ½ jam
1530 – 1600 Solat Asar Berjemaah (1551) dan Refleksi Tazkirah:
Islam, Iman dan Ihsan

 

Ahad, 29 Mac 2015M bersamaan 8 Jamadil Akhir 1436H

MASA PERKARA CATATAN
0800 – 0930 Sambungan Asas Video dan Bunyi 1 ½ jam
0930 – 1000 Gabungan Multimedia (Microsoft Powerpoint) ½ jam
1000 – 1030 Minum Pagi
1030 – 1200 Sambungan Gabungan Multimedia 1 ½ jam
1200 – 1330 Jamuan Makan Tengahari dan Solat Zohor Berjemaah (1246) Tazkirah:
Tanggungjawab Muslim
1330 – 1500 Pembentangan dan Penilaian Hasil Kumpulan 1 ½ jam
1500 – 1530 Penyampaian Sijil dan Penangguhan
1530 – 1600 Solat Asar Berjemaah (1551) dan Refleksi Tazkirah:
Ilmu dan Amal

Jam Kredit: 9 ½ Jam

Kursus dua hari ini telah dikendalikan oleh Saudara Mohd. Adha bin Haji Mahli (Pengurus Perhubungan Pelanggan, Bank Al-Rajhi) dan Saudara Shahriman bin Haji Shukarmin (Eksekutif ICT BPP-MIS).

Antara masalah yang dihadapi adalah gangguan bekalan elektrik dan internet akibat cuaca yang kurang elok pada hari kedua kursus. Dua buah monitor LCD komputer juga telah rosak namun telah digantikan dengan serta merta dengan yang lain dan kursus diteruskan seperti biasa.

Beberapa peserta telah menghasilkan beberapa video multimedia yang telah dibentangkan dalam sesi terakhir sebelum penangguhan kursus.

Leave a comment